Oleh Adib Za Siapa yang tidak tertawan bukan sahaja dengan pesona wajahnya yang manis dan menawan, malah sikapnya yang bersederhana sentiasa dipamerkan. Itulah dia pemilik badan pengacara Nadia Annuar yang juga anak kepada usahawan kosmetik Kak Ton. Dia sendiri telah memegang gelaran jutawan namun itu tidak bermakna Nadia harus mengubah kehidupannya kepada yang mewah-mewah sahaja. “Saya bekerja keras seperti orang lain, bangun pukul enam pagi setiap hari untuk ke Sri Pentas mengacarakan program Malaysia Hari Ini dan selepas itu ada kerja-kerja penyiaran lain hingga malam. Saya tidak pernah menganggap kehidupan saya sudah selesa dengan apa yang ada ini kerana sejak kecil lagi diajar untuk hidup sederhana,” katanya kepada mStar Online. “Begitu juga dengan anak-anak saya nanti, saya tidak mahu mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan kalau boleh saya ingin lihat mereka menjadi seperti kanak-kanak lain. Malah saya tidak pernah terfikir untuk menghantar mereka ke sekolah antarabangsa kerana bagi saya sekolah kerajaan pun tidak kisah,” ujarnya lagi yang kini sedang hamil tiga bulan. - CARI Infonet Sumber: Mstar Online
|
3
Bagus |
7
Marah |
14
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pr3ttytw33ty replied at 22-4-2016 06:16 PM
aku suke tgk die. cantik. tseremak kt d curve, die ngan si ex eizlan yusof. asyik tunduk tgk pon jer ...
Duta lover replied at 22-4-2016 07:25 PM
Huhu
Aku suka dia
melinda_kerr replied at 22-4-2016 07:31 PM
Phytoscience kan u?
ADVERTISEMENT