CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Beijing- Gabungan Kota Lama Dengan Bandaraya Moden

22-4-2016 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3840| Komen: 0


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.kwm.com/


Menjadi pusat kebudayaan, politik dan pendidikan negara China, selain tuan rumah Sukan Olimpik 2008, Beijing menjadi destinasi percutian cukup mempesonakan buat pencinta seni.

Masyarakatnya yang mesra, aroma teh wangi yang bersatu dengan seni dan warisan yang masih utuh, kunjungan ke Beijing pastinya meninggalkan 1,001 kenangan terindah.



Menjadi satu daripada tujuh keajaiban dunia, Tembok Besar China lokasi yang perlu dikunjungi saat berada di Beijing.


Tembok sepanjang 8,850 kilometer dengan dinding bergerigi besar beralun di atas pergunungan dan landskap menarik meletakkan ia sebagai monumen ikonik yang cukup mempesona dalam senarai setiap pengembara.


Dataran Tiananmen di tengah-tengah Beijing juga antara lokasi yang perlu dikunjungi dek keunikan serta fungsinya melindungi pintu masuk Kota Larangan satu ketika dahulu.

Menara Tiananmen, Monumen Wira Rakyat, Dewan Besar Rakyat dan Dewan Memorial Mao Zedong antara tarikan berhampiran Tiananmen Square.

Dibina pada tahun 900 Masihi, Forbidden City atau Kota Larangan antara struktur paling penting dan dihargai di China. Kota Larangan yang dulunya istana kini dijadikan Muzium Istana yang memaparkan pelbagai koleksi artifak dan karya seni dari Dinasti Ming hingga Qing.

Mahu melihat keunikan seni kontemporari yang berkembang maju di China, Beijing 798 Art Zone yang hampir serupa New York Greenwich Village atau Soho adalah tempatnya.

Terdapat banyak galeri, studio dan kafe seni di sini. Pertunjukan dan pameran juga sering diadakan dan sangat sesuai bagi anda yang mencintai seni.


sumber foto: http://cina.panduanwisata.id/

Satu lagi keunikan seni bina China yang menakjubkan dan perlu dikunjungi saat berada di Beijing ialah Stadium Nasional Beijing yang lebih dikenali sebagai Stadium Sarang Burung kerana seni bina unik ini diilhamkan daripada sarang burung.

Struktur ikonik ini juga antara tarikan pelancongan utama dengan taman ski dan bakal menjadi kompleks hiburan.

Meneruskan kembara di Beijing, menonton persembahan opera pasti membuatkan anda terhibur. Seni teater ini bukan saja menghiburkan, tetapi menggabungkan banyak aspek termasuk gaya, muzik, nyanyian, dialog mime, akrobatik dan tarian.

Penceritaan yang lebih kepada cerita semasa pemerintahan dinasti, peristiwa bersejarah yang penting dan diadaptasi daripada kesusasteraan klasik Cina menambahkan keunikan persembahan opera ini.

Puas berjalan melihat tinggalan sejarah dan tempat menarik di Beijing, mengunjungi Pasar Ya Xiu dan Pasar Xiu Shui pasti membuatkan anda tersenyum lebar terutama yang sukakan aktiviti membeli-belah.

sumber foto: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com


sumber foto: www.traveldepartment.


Di dua pasar ini, anda berpeluang melakukan sesi tawar-menawar bagi pelbagai barangan termasuk sutera dan pakaian, kraf Cina dan cenderamata seperti set teh, bahan kaligrafi dan lukisan.

Pasar ini juga terkenal dengan barangan tiruan berjenama seperti beg tangan atau kasut yang terbaik di Beijing. Pasar Ya Xiu di Sanlitun Road dan Pasar Xiu Shui pula di Changan Street.


sumber foto: http://static.panoramio.com/


Menjamu selera di Beijing juga sangat mudah dengan adanya beberapa restoran makanan halal yang menyediakan pelbagai juadah menyelerakan.

Ingin menikmati daging kambing enak dan kebab lazat, Restoran Muslim Donglaishun lokasinya. Hidangan berbeku kambing, sup kambing berempah dan yogurt buatan sendiri di Restoran Xinjiang pula membuatkan perut yang berkeroncong bernyanyi riang.

Restoran Hongbinlou dengan hidangan itik peking halal dan ekor lembu goreng tumis dengan sos di Hong Bin Lou juga antara hidangan yang pasti menambat selera anda.- CARI Infonet

2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.105586 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top