Oleh Adib Za Mekap dan wanita sangat sinonim dan begitu sukar dipisahkan. Ini kerana ia mempunyai peranan dalam meningkatkan kepercayaan diri wanita itu sendiri.
Hal itu turut diakui seorang mekap artis, Rian Ogilvy yang telah berkecimpung dalam bidang ini sejak 2005. "Mekap memiliki kekuatan mentransformasi seorang perempuan agar kelihatan yakin dan juga bahagia," ujarnya menerusi Metro Tv News. Dalam hal ini lipstik adalah salah satu elemen mekap yang sangat penting dan harus sentiasa ada beg tangan mereka. Nampak sahaja kecil tapi impaknya sangat besar ya. 1. Bibir yang pucat boleh dinaikkan serinya sekelip mata. Tentu sahaja wajah yang kusam terus nampak bersinar dengan adanya lipstik. Setuju?
2. Ia juga dapat menutup cela pada bibir seperti kusam, gelap dan kering. Pilihan lipstik yang bersesuaian dengan ada mampu menjadikan bibir lebih sihat dan segar. 3. Untuk tampilkan bibir dengan kesan nipis, pilihan lipstik jenis matte adalah lebih baik. 3. Namun jika ingin tampilkan bibir agar kelihatan lebih tebal dan menyerlah, pilihan jenis glossy atau shimmery lebih disyorkan. 4. Bagi anda yang ingin tampil lebih natural, warna coklat atau nude lebih disyorkan. 5. Namun, jika ingin tampil lebih seksi dan elegan, pilihan warna ungu plum atau merah menyala bolehlah dicuba ya! - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT