CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Termakan 'Sayur Goreng Lipas' Dalam Makanan Hospital, Terima Ganti Rugi RM67,000

22-4-2016 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8873| Komen: 58|Original author: TuntungReturn

Oleh Izzah Abbasy

Sangat menjijikkan apatah lagi ia berlaku di tempat yang dikira bersih dan selamat. Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pengalaman 'kotor' apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika dirawat di KPJ Selangor Specialist Hospital, Mei tahun lepas.

Kesan daripada insiden itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.


Bagaimanapun, nasib beliau terbela apabila Mahkamah Sesyen memerintahkan Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi RM67,000 selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Wan Hailmey terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.

Beliau dimasukkan ke KPJ Selangor selama lima hari untuk mendapatkan rawatan kerana masalah cakera teranjak di bahagian tulang belakang yang dialami sejak 2006.

Beliau telah disediakan hidangan makanan tengah hari iaitu nasi putih, ikan masak asam pedas serta sayur dan ketika menikmati makanan itu, plaintif mendapati sayur itu mengandungi seekor lipas dan beliau termakan bahagian kepala serta kaki lipas berkenaan.


Sejurus itu, beliau memanggil beberapa jururawat yang berada di dalam wad untuk menunjukkan lipas itu dan ada di antara jururawat itu mengambil gambar lipas berkenaan.

Menurutnya selepas insiden itu, beliau mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut, demam panas, hilang selera makan serta trauma untuk makan nasi dan insiden itu juga memberi kesan buruk kepadanya dari segi fizikal dan mental.

Beliau mendakwa defendan selaku pemilik KPJ Selangor gagal dan cuai untuk memastikan makanan yang disediakan kepadanya selamat serta bersih daripada serangga perosak.

Kenapa semua tempat yang dikira bersih dan selamat tidak seperti yang dibayangkan? Adakah bermula pada saat ini, rakyat Malaysia perlu memasak sendiri bekalan makanan dari rumah? Yang penting, sebelum menikmati hidangan, anda perhatikan dahulu betul-betul makanan yang dihidangkan atau dibeli ya! Tidaklah termakan lipas, kaki lipas atau cicak goreng selepas ini. - CARI Infonet


7

Bagus
4

Marah
15

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 21-4-2016 10:00 PM
Wah bestnya.....
Quote mak_wa95 21-4-2016 10:03 PM
hospital...
Quote kemaruk 21-4-2016 10:08 PM
kalau camni, bangkem dah jadi jutawan
Quote sub5zero 21-4-2016 10:09 PM
Huntong la....
Quote saladin780 21-4-2016 10:12 PM
Bahaya gak eh klu termakan lipas... Tp kt thai selamba je jual lipas goreng kt psr mlm
Quote Nham22 21-4-2016 10:18 PM
Bape pulak kos guaman tu...
Quote batmana 21-4-2016 10:21 PM
Ni namanya rezeki...
Quote TuntungReturn 21-4-2016 10:23 PM
Nham22 replied at 21-4-2016 10:18 PM
Bape pulak kos guaman tu...

selalu laywer amik 20%
Quote juliez 21-4-2016 10:24 PM
Nham22 replied at 21-4-2016 10:18 PM
Bape pulak kos guaman tu...

10% from tuntutan kut?

Ye ker kak @noraidil_06
Quote JenabJongang 21-4-2016 10:24 PM
Jenab selalu makan lipas goreng tak kecoh pun
Quote CiliPadiSedap 21-4-2016 10:29 PM
bestnya saman ni kan

bila kes menang si kalah kena tanggung kos mahkamah
Quote Artemesiaa 21-4-2016 10:35 PM
Bagus sebab berani buat tuntutan ganti rugi, kalau orang lain agaknya dok mintak tukar hidangan lain je kot
Quote munchkin 21-4-2016 10:37 PM
sian dia. sikit juga jumlahnya berbanding ngan horror cirit birit muntah tu.
Quote blackwidowbae 21-4-2016 10:51 PM
Wahhh crunchy!

kater lipas nii antara natang terbersih, acaner boleh sakit sakit pas makan lipas lakkk orang Vietnam Myanmar makan buat snek lek lek jah siap ader perisa manis pedas lagik kater andrew zimmern ler cmner spelling ntah malas nak google
Quote L211 21-4-2016 10:58 PM
huaaghhhhhh rugi aku tak saman HTAA sbb doktor kurang ajar dah laa keling..
Quote MissNigga 21-4-2016 11:03 PM
okie ...

lepas ni .. sesapa yang termakan cicak ... lipas .. lalat ... tikuih kat gerai/restoren ... akan mengambil tindakan yang sama jugak...

Quote tagas 21-4-2016 11:11 PM
Precedent cases

Makin byk la pasni kes sengaja letak lipas dlm makanan

pastu claim silap provider bikin wayang muntah bagai
Quote mokcikKSKB 21-4-2016 11:14 PM
Kalau aku aku mintak sejota pastu kalau menang aku nk pi hypnotherapy kasi hilang segala ingatan mkn lipas tu.boleh miserable seumur hidup kalau termakan
Quote aHoi83 21-4-2016 11:17 PM
Selepas ni kalo u olls berpengalaman gini terus je pakai peguam. Untung bole jd deposit rumah terus

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.103773 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top