CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Kejam]: Lelaki Sanggup Bunuh Anjing Liar Yang Serang Angsa Belaannya!

21-4-2016 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14930| Komen: 110|Original author: bluehedgehog



   Oleh : TS LOO


     sumber foto: google image




Bertindak kejam terhadap haiwan masih menganggap dirinya seorang wira! 


Selasa lalu, seorang lelaki memuatnaikkan sekeping gambar yang memaparkan seekor anjing yang kelihatan mati tergantung menerusi laman facebook yang bernama samaran Fadly Mezah kepada akaun facebook untuk kumpulan penternat angsa. 


Tindakan itu bukan sahaja mengundang kemarahan netizen, malah rata-rata bertegas mahu lelaki tersebut dikesan dan dikenakan tindakan perundangan yang sewajarnya.



Menurut lelaki tersebut, anjing liar itu telah menceroboh ke dalam ladang angsanya dan menyerang beberapa angsa belaannya, jadi dia terpaksa menjalankan hukuman mengikut cara sendiri ke atas anjing terbabit.


Tanpa menyesal dengan perbuatan kejamnya, Fadly turut menulis 'Penjenayah Telah Pun Digantung Sampai Mati' pada gambar yang dimuatnaikkannya itu.


Biarpun gambar tersebut telah pun dikeluarkan setelah menerima kecaman hebat, tetapi masih terdapat ramai netizen yang tidak senang hati dengan perbuatan kejamnya. 


Justeru itu, beberapa petisyen bersama telah pun diadakan oleh sebilangan netizen di internet dengan harapan dapat memperolehi tandatangan orang ramai yang sayangkan haiwan sebagai tanda sokongan agar dapat menyeru pihak kerajaan bertindak segera dalam isu berkenaan. [Petisyen link :Malaysia Airport Employee Hangs Dog And Posts Pictures Of The Act On Facebook! Demand Punishment !]


Setakat pagi tadi, gerakan petisyen tersebut telah memperolehi sokongan lebih 3000 orang.


Berdasarkan data peribadi yang ditunjukkan dalam akaun facebook Fadly Mezah,  ternyata dia seorang pekerja di lapangan terbang. Jadi terdapat netizen berpendapat : "adakah anda semua nak manusia berjiwa syaitan ini menguruskan beg legasi anda?"

   sumber foto: internet


      sumber foto: internet


Kebanyakkan netizen berpendapat, mereka tidak dapat terima sama sekali tindakan Fadly Mezah menjalankan hukuman dengan cara sendiri, biarpun dia tidak suka dengan anjing atau anjing tersebut memang bersalah, namun demikian dia tidak harus dan tidak ada hak untuk menyeksa sehingga anjing tersebut mati.


Manakala pada 17 April lalu, organisasi bebas iaitu Malaysia Penyelamat Haiwan turut keluar kenyataan berhubung isu ini di mana laporan polis telah pun dibuat dan hanya memohon siasatan polis dijalankan serta-merta.


Organisasi tersebut beritahu. mereka membuat laporan polis setelah mempunyai bukti yang kukuh, oleh itu Fadly jangan harap boleh terlepas dengan beralasan akaun facebooknya telah digodam. 


Menurut organisasi itu lagi, Fadly sebenarnya telah tersabit dengan kesalahan dalam Perkara 428 Kanun Peruntukan Jenayah ( Khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan yang berharga lima ringgit).- CARI Infonet

15

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 20-4-2016 03:57 PM
kelab penternakan itik dan angsa
Quote barfi 20-4-2016 03:59 PM
Ntah pape..
Quote MissVixen 20-4-2016 03:59 PM
psychopath... : kurang ajo nye.
Quote fifie_olin 20-4-2016 03:59 PM
anjing ni mkn itik beliau brangkali
pya mrh smpi ko gantung kejadahnya
otak mn ko ltk dol....
Quote pyropura 20-4-2016 04:01 PM
semoga dilaknat awloh kerana nyiksa makhlukNya amin
Quote Emperor95 20-4-2016 04:01 PM
simpati pada nasib anjing itu.
Quote turboturtle 20-4-2016 04:03 PM
biasa anjing perampok ni orang tembak je
Quote dark_night 20-4-2016 04:03 PM
Knapa smpai mcm tu....siannya....

en.fadly mezah,anjing xde akai....hang yg ada akai tu tolong guna Akai hang elok2..ka hang pn xada akai??? :
Quote sgbuloh 20-4-2016 04:04 PM
jahatnye Fadly Mezah ni.. jahat mengalahkan anjing..
Quote turboturtle 20-4-2016 04:05 PM
Perampok itik & angsa, manusia, anjing, ular, babi utan, helang & musang.
Quote redz85 20-4-2016 04:05 PM
kesian anjing tu.. walaupun aku benci anjing nenek aku
Quote missDollie 20-4-2016 04:05 PM
Sungguh pun anjing tu serang ternakan dia..apa hak dia nak bunuh anjing tu..ini la manusia tamak..dapat pahala gamaknya bunuh anjing..selamber je up status siap bangga lagi..memang mental..
Quote missfake 20-4-2016 04:09 PM
macam la takde cara lain nak hukum anjing tu kan...panggil jabatan perhilitan dah la eh
Quote Innrukia 20-4-2016 04:13 PM
Dah ada yg bt report psl dia kat employer dia iaitu MAs. Depa reply akan investigate dia nk...
Quote lasagnaklcc 20-4-2016 04:15 PM
Dah gantung tu kira case closed la. Jadah apa ko nak post gambar tempat lain?
Quote AMDTurion 20-4-2016 04:16 PM
ko buat mcm tu dah sama taraf dah ko nyer akal dgn anjing tu.

dah trg2 anjing tu mkn itik sbb nalurinya sbg anjing. yg ko nak menghukum mcm tu apesal. kalo anjing dpt mkn itik ko maksudnya kandang itik ko tu x cukup selamat lagi.

ko tau kan kenapa org cipta pagar. sbb x mau kita dilabelkan setaraf binatang bila kita x perlu nak menghukum dgn cara begini.

sifat kemanusian tu dah semakin terhakis dalam diri manusia itu sendiri.
Quote namirulmukminin 20-4-2016 04:19 PM
Itu kan lava... selayaknya la digantung mati...
Quote Abangwahab 20-4-2016 04:20 PM
tembak gagak xde org bising plak
rasisssss!!
Quote 1Apr16 20-4-2016 04:21 PM
Padan muka. Takkan tak tau binatang macam angsa dekat rumah orang semua manusia yang bela

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top