CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tuduhan UAS Kepada Dr Zakir Naik, Doktor Perubatan Tampil Bidas UAS

20-4-2016 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 12692| Komen: 33


Oleh Fyruz Hanna

Baru-baru ini kecoh di Facebook Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang menuduh Dr Zakir Naik mengkafirkan seorang pelajar iaitu Nina Grace yang kononnya Dr Zakir memurtadkan pelajar itu supaya beliau dapat berlakon mengislamkan dihadapan ramai orang.

Bukan itu sahaja Ustaz Abu Syafiq juga lantang menuduh Dr Zakir Naik tidak tahu membaca dan menyebut ayat Al-Quran dengan betul, hebat dikecam oleh netizen.

Isu terbaharu mengenai ustaz yang senang menuduh orang lain adalah apabila dia mempersoalkan jawapan Dr Zakir mengenai beberapa ayat Al-Quran  mengenai Allah di atas Arasy.


(video seperti dibawah)


Ini status tersebut:

"Pelik...Dalam Quran tiada sebut Allah berada atas Arasy” ditakuti boleh jatuh hukum kufur. Ini perkara yang serius!

Ustaz yang terkenal dengan sikap buruk mengeji sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya itu mendapat perhatian seorang doktor perubatan yang tidak senang dengan serangan ustaz tersebut terhadap Dr Zakir Naik.

Menurut saya, perkara ini amat memalukan kerana sepatutnya seorang ustazlah yang patut mengajarkan Al-Quran kepada seorang doktor perubatan dan bukan sebaliknya."

Daripada cara penulisan ustaz ini, timbul rasa was-was dihati benarkah ustaz ini benar-benar membawa ajaran Islam atau jelmaan untuk memecahkan umat islam.

Netizen yang terpanggil untuk membidas Ustaz Abu Syafiq adalah Dr Aznil Hisham:

Ustaz Syafiq berasa pelik.

Dia kata dalam Al Quran tiada sebut Allah berada di Arasy..

Benarkah 0_o?

Abis yg ni apa?

1. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)

2. “Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)

3. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

4. “..Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.).” – (al-Furqaan: 59)


Ini dari Nabi :

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?”
Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). [Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim]


Ini dari Imam 4 mazhab :

1. Telah berkata Imam abu Hanifah:

“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”

2. Telah berkata Imam Malik Bin Annas:

“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”

3. Telah berkata imam as-syafi’e:

“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”

4. Telah berkata Imam Ahmad:

“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”

-CARI Infonet.



27

Bagus
27

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
22

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akakbosan 20-4-2016 01:34 PM
Patutnya UAS simpan sikit kekurangan cerdik. Manalah tahu esok2 cucu cicit nak guna.. Ini mesti set2 "God is Everywhere" punya school of thought ni. +____+

Quote kentel 20-4-2016 01:38 PM
sapa yang iktiraf kepakaran gemuk ni jadi ustaz sbenarnya??? kemain dia pahaman ekstrimis....

tw.png
Quote UmbrellaCorps 20-4-2016 03:13 PM
siap ada persatuan/pertubuhan ahli sunnah wal jamaah... kena amik borang ke kalu nak sertai...
ni geng UAI le ni... set2 ngaji pondok
Quote Andyscenes 20-4-2016 05:06 PM
CARI-SFG replied at 20-4-2016 01:26 PM
Oleh Fyruz Hanna


alahai , budak budak lagi si UAS ni. aku lagi tua dr dia. sepatutnya dia ni tlg sesama ISLAM, ini... haishh.. geleng kepala jela
Quote saladin780 20-4-2016 05:17 PM
yang berbahagia konon..najis la ustat bbnu nih
Quote L211 20-4-2016 05:25 PM
umur setahun jagung tapi bongkak nak mampus... bongok laaa syafiq ni.. sorry no title ustaz for you sbb bodoh terlajak, sah syiah ni
Quote idakamaruddin 20-4-2016 05:55 PM
ayat posting dia bahan nina tu pn nampak sgt akhlak yg hauk...

tak paham cane bole jd ustad..
Quote devilito2 20-4-2016 05:55 PM
Ustaz Abu Syafiq... ustaz ke dia tu???
Quote spankee_fili 20-4-2016 09:31 PM
bila orang kurang cerdik acah2 cerdik..
tak habis belajar tapi nak kondem orang lain..
Quote awaynepian 20-4-2016 09:41 PM
Perhaps dia jeles kot..ustaz zakir tgh femes skang nih..org malaysia panggil dia..sdgkan dia yg duk malaysia ni pun xdpt penghormatan sbegitu...nama dia pun ada 'ustaz' gak
Quote awaynepian 20-4-2016 09:41 PM
Perhaps dia jeles kot..ustaz zakir tgh femes skang nih..org malaysia panggil dia..sdgkan dia yg duk malaysia ni pun xdpt penghormatan sbegitu...nama dia pun ada 'ustaz' gak
Quote batmana 20-4-2016 09:42 PM

‘Saya Kecewa Ustaz Ini Cuba Memfitnah Saya & Dr. Zakir’ – Grace Nina
Posted on April 16, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|

Woo Nina Grace

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan, Woo Nina Grace, 19, yang memeluk Islam semasa sesi ceramah oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik tampil meluahkan rasa kesal difitnah seorang ustaz.



Melalui status di laman Facebooknya, Nina Grace yang sebelum ini beragama Kristian menyifatkan tuduhan Ustaz Abu Syafiq yang mendakwa Dr Zakir hanya mencari publisiti melalui pengislaman dirinya sebagai keterlaluan.



“Nina mengkagumi semua Ustaz, kerana mereka lebih tahu akar umbi agama sejak dari bangku sekolah.



“(Tetapi) amat kecewa Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti Nina serta Dr. Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina. Semoga Ustaz itu dibukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina,” tulisnya dalam status yang dimuat naik semalam.



Nina Grace & Ustaz Abu Syafiq

Ustaz Abu Syafiq sebelum ini mendakwa Nina asalnya memang seorang Islam dan pengislamannya semasa di majlis ceramah Dr Zakir Naik di Terengganu beberapa hari lepas untuk publisiti murahan semata-mata.



“Punyalah nak menipu… Orang (yang) dah Islam dia (Dr Zakir) pergi kafirkan orang tu supaya orang itu masuk Islam depan dia.



“Alahai,… ini dah kira kafirkan orang dah memang beragama Islam. Hanya kerana nak cari publisiti murahan hang kafirkan dia, lepas tu hang suruh dia masuk Islam,” dakwa Ustaz Abu Syafiq dalam status di laman Facebook.



Sementara itu menurut laporan Mynewshub, status ditulis Ustaz Abu Syafiq itu bagaimana pun telah dipadamkan dari laman Facebook beliau selepas isu ini menarik perhatian umum.



Dalam perkembangan berkaitan, remaja perempuan yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari sebuah kolej swasta itu mendedahkan berita penghijrahannya dari Kristian kepada Islam amat mengejutkan ibu bapanya.



“Mengenai keluarga saya, ibu bapa memang terkejut apabila mendapat tahu saya memeluk Islam kerana sebelum ini saya mendalami ajaran Islam termasuk membaca beberapa surah Al-Quran secara rahsia tanpa pengetahuan mereka.



“Ibu dan ayah tidak tahu saya ingin memeluk Islam sehinggalah video dan berita mengenai hal ini tersebar di media dan laman sosial.



“Walaupun terkejut, ibu dapat menerima keputusan yang saya buat ini tetapi ayah masih belum sedia menerimanya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. – SuaraTV

---------------

harap peguam2 dlm CI ni pi la jupe nina,
sama2 saman malu 10 juta ke apa kt ustaz ni.
biar bangkrap tinggal spender je.
Quote Nenasketum 20-4-2016 10:44 PM
Pelik seorang 'ustaz' berkata begini. Siapa yang kufur sebenarnya
Quote gigahertz 20-4-2016 11:19 PM
Andyscenes replied at 20-4-2016 09:06 AM
alahai , budak budak lagi si UAS ni. aku lagi tua dr dia. sepatutnya dia ni tlg sesama ISLAM, ini. ...

kelmarin aku ada jalan jalan kat atheis punya website.  salah satu sebab kenapa Seorang muslim
boleh menjadi seorang Atheis kerana isu isu begini. Orang jadi bosan.
Quote znorm 20-4-2016 11:37 PM
gigahertz replied at 20-4-2016 11:19 PM
kelmarin aku ada jalan jalan kat atheis punya website.  salah satu sebab kenapa Seorang muslim
bo ...

Setuju...
Quote revoc 21-4-2016 01:38 AM
patut die stretch sikit.........sape yg paham tuhan duduk atas arasy mcam manusia duk atas kerusi,kapir lar

tsilap send............sepatut nya aku send dari akaun ulamak aq................tarik balik komen nieh,revoc x pnah tulis camnih


haxhaxhaxhaxhaxhaxhaxhax
Quote revoc 21-4-2016 01:42 AM
woi...............aq x penah send gituh............spupu aq yg hack tadi tuh
Quote bunnyhoney 21-4-2016 01:47 AM
Dia ni yg beria2 tuduh org atau ulamak yg xsealiran  wahab B ni...
Quote irwansuhadi 21-4-2016 09:22 AM
makan popcorn.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069120 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top