Oleh Adib ZA
Mengejutkan apabila sebuah restoran mamak di Bangsar, Kuala Lumpur didapati mengenakan caj terhadap pendingin hawa yang digunakan sebanyak RM10. Seorang pelanggan yang memuat naik gambar resit bertarikh 15 April itu jelas menunjukkan caj terhadap pendingin hawa itu. Ini sekaligus membuatkan ramai netizen lain mengecam dan mahu memboikot restoran tersebut selepas menganggap ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak wajar. Bagaimanapun, pengurus restoran itu tampil menjelaskan ia merupakan kesilapan kakitangannya yang mengeluarkan resit itu kepada pelanggan itu, memetik laporan Sin Chew Daily. Jelasnya lagi, caj itu sememangnya dikenakan jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau perjumpaan tanpa memesan apa-apa makanan dan minuman.
Namun, jika pelanggan yang duduk di bilik itu ada memesan makanan dan minuman, caj pendingin hawa itu tidak dikenakan. “Sejak resit itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang dan bertanyakan perkara sebenar. “Saya mahu tegaskan, kami tak kenakan bayaran itu. Ini adalah kesilapan pekerja ketika mengeluarkan resit itu kepada pelanggan. Kami telah buat resit lain dan tidak kenakan sebarang caj pendingin hawa kepada mereka,” ujarnya. Bagaimana dengan pandangan anda? Adakah wajar pihak restoran mengenakan caj penggunakan pendingin hawa kepada para pelanggan? Selepas ini jangan terkejut jika ada yang mengenakan caj terhadap penggunaan wifi pula. - CARI Infonet Sumber: FMT, Sin Chew Daily |
10
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
22
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jagendas replied at 18-4-2016 12:19 PM
caj air cond ?
customer kunyah air cond ke ape
then mcm mane item code air cond ade dlm system c ...
R2D2 replied at 18-4-2016 12:24 PM
jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berj ...
R2D2 replied at 18-4-2016 12:24 PM
jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berj ...
ADVERTISEMENT