CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tiba-tiba Rasa Nak Melancong Bila Baca Perkongsian Percutian Bajet Ini

18-4-2016 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9108| Komen: 21


Oleh : Dean BZ



Bercuti ke destinasi pilihan sememang-nya impian semua orang namun tidak semua mampu melancong ke luar negara kerana faktor kos yang tinggi. Tiket penerbangan, penginapan, makan dan perbelanjaan adalah perkara pertama yang difikirkan saat merancang untuk melancong ke tempat orang.

Tapi perlu anda tahu, anda sebenarnya boleh memilih untuk "percutian bajet". Tak percaya? jom baca perkongsian pengalaman percutian bajet oleh saudara Asraf Isa :


1) Krabi :
aku pegi dulu airasia flight return sekali hotel dekat airasiago selama 3H 2M hanya lah RM150!
Belanja kat sana aku bwk RM500, tapi belanja tak sampai RM300 je, siap pi island hoping.


2)Surabaya :
Airasia flight return RM100 je.
4H 3M aku bwk rm500 je. sekali hotel makan minum masuk bromo, kawah ijen

3) Medan :
RM150 sekali airasia flight return dengan hotel airasiago selama 4H 3M okay! bawak pon RM500 tak bis guna siap pi Danau Toba, keliling Medan, dll.

4) Jakarta Bandung :
RM90 return flight. turun jakarta balik pon jakarta. dari jakarta ke bandung naik train. bawak rm1k coz nk shopping kain kt bandung tok baju raya kat family.hehe. hotel tukar 3 hotel rm150 sorang tok 5H 4M.

5) Bali :
RM200 return flight sekali hotel airasiago 4H 3M. bawak tak sampai RM600 sekali makan, ronda naik motor, keliling Bali.

6) Jogjakarta:
RM78 return flight. Bwk RM800 termasuk tour guide pi Borobudur Sunrise, Goa Jomblang, temples, keliling jogja. hotel tukar 3 hotel sorang RM150 siap de pool, tok 5H 4M.

7) Palembang :
RM100 return flight. bawak RM300 tok 4H 3M. makan sume hotel, mlm siap pi tgk wyg lg.


8) Perth :
RM650 flight return. dok dgn orang kat airbnb dalam RM250, bawak tak sampai RM1K. keliling perth, Fremantle, Pinnacles, Sandbording, Caversham, dll

9) : Bangkok :
RM150 return flight. bawak RM700 sebab nak shopping kt Chatuchak. Hotel rm100 sorang tok 4H 3M. pi floating market, tengok gajah, keliling bangkok pakai MRT BTS.

10) Langkawi :
RM50 return flight. sewa kereta semua, gi cable car, makan seafood. dok homestay . bawak RM500 sekali beli coklat. haha

11) Sabah, KK :
RM120 return flight. pergi airasia, balik Malindo. bajet bawak rm500. makan seafood, 3 island hoping, kundasang satu malam, siap pi wedding member lagi. hahaha
p/s, next pi sabah still sama RM120 tapi Rayani Air.


12) Hong Kong :
RM280 return flight. hotel rm150 seorang selama 6H 5M.
bln 5



Bila dah baca perkongsian diatas, mungkin ada yang baru tahu rupanya nak bercuti keluar negara tidak semesti semuanya mahal. Apa yang penting anda perlu bijak merancang masa, dan juga rajin membuat "survey" bagi mendapatkan penginapan dan penerbangan pada harga bajet. - CARI Infonet.








22

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epis 18-4-2016 01:03 PM
saya pon suke usha airasia go.... selalu tawaran ade yang berbaloi2~~ klu ade yg ok, kene dgn timing, terus book, hehe...
Quote single_mom 18-4-2016 01:10 PM
epis replied at 18-4-2016 01:03 PM
saya pon suke usha airasia go.... selalu tawaran ade yang berbaloi2~~ klu ade yg ok, kene dgn timing ...

ok ya asiago ni..x pnh cuba..selalu book hotel asing...nak tryla nnt..senang dh sampai hotel dh tersedia..x takut full..bole amik pick up from epot jugak kan....bole share tips tak...
Quote epis 18-4-2016 01:18 PM
single_mom replied at 18-4-2016 01:10 PM
ok ya asiago ni..x pnh cuba..selalu book hotel asing...nak tryla nnt..senang dh sampai hotel dh te ...

xde tips pon, men usha2 je... selalunya kalau time weekdays mmg murah, tapi saya pergi time weekend je... pastum book sekali tuk 2 orang atau 3 orang, sebab akan dikira satu bilik, so akan lagi murah bile dibahagi... bayar kene pakai credit card...
ade yg sekali airport transfer, ade yang tak... tapi berbaloi la... saya pergi siem reap ritu, 3h2m dpt 3++, flight dgn hotel.. g phuket 4h3m pon sama rm3++... ++ tu sebab saya dah lupe bape, hahah...
Quote mizkajura 19-4-2016 09:42 AM
itu ke tips nya. huh gampan@ punya tips. i pun boleh plug from the sky utk tabur angka2 tuh......
Quote Peterpan17 19-4-2016 12:30 PM
mizkajura replied at 19-4-2016 09:42 AM
itu ke tips nya. huh gampan@ punya tips. i pun boleh plug from the sky utk tabur angka2 tuh......

hahahahah!! aku pun rasa gampunk saja punya post tu. Main petik petik angka saja kan. Psl tu kdg2 aku malas nak baca blog2 budak2 travel yg sembang kencang ni. Aku budak Sabah. Tak logik dia buat budget RM500 dgn sewa keta, tido kat Kundasang & mkn seafood dgn amount tu. Doesnt make any sense. Semua org tau, mkn seafood kat kedai sgt mahal di Sabah banding dgn masak sendiri. Unless dia menginap di rumah kwn, itu mgkn lain story. Kat LGK tu pun tak logik. Figure  dia bg tu secara overall tak msk akal. Aku blh terima figure tu klu dia lay out satu satu perincian berapa setiap duit yg dia belanjakan.

Quote ira79 19-4-2016 01:13 PM
mcm too good to be true. makan bercatu ke? transport naik bas awam? tido umah kawan? patutnye kalau nak post tu kena la agak reasonable..
Quote mizkajura 19-4-2016 02:15 PM
kut2 la makan n tempat tinggal semua org support. kau kaki follow bawak perot je....ngan budget ciput tu utk kau beli jajan mmg la cukup. rasa mcm nak hempuk je....
Quote KUMANG2011 19-4-2016 03:49 PM
Peterpan17 replied at 19-4-2016 12:30 PM
hahahahah!! aku pun rasa gampunk saja punya post tu. Main petik petik angka saja kan. Psl tu kdg2  ...

KK tu dia tak detail out RM500 tu dah termasuk semua transport & hotel, makan minum, brapa lama....Ker dia duk Couch surfer & free ride with some good samaritan.I dah budget ciput habis pun calculate more then RM500. 3 Island Hoping pun more then RM50 per adult. Return Taxi from Airport to KK city Center then to Kundasang sebagai. Its possible kalau you have someone sponsering sebagai lah kan..
Quote Peterpan17 19-4-2016 05:50 PM
KUMANG2011 replied at 19-4-2016 03:49 PM
KK tu dia tak detail out RM500 tu dah termasuk semua transport & hotel, makan minum, brapa lama... ...

Klu dia buat camtu, dia travel single mmg logik tp klu dgn kekawan atau family, amat mustahil. Peliknya org yg suka sembang kencang ni. Apa tujuan pun aku tak tau. Sepatutnya kita kena bg informasi yg tepat. Jgn tokok tambah ksh bg perasa supaya lbh ummp!
Quote lionsleepin 19-4-2016 11:21 PM
Edited by lionsleepin at 19-4-2016 11:24 PM
Peterpan17 replied at 19-4-2016 05:50 PM
Klu dia buat camtu, dia travel single mmg logik tp klu dgn kekawan atau family, amat mustahil. Pel ...


Aku jenis travel bajet.
Within MY budget. Dan definisi bajet pada semua org adalah berbeza.

Bukan travel jenis terbajet sana, terbajet sini.
Kedekut sana. Kedekut sini.

Sowi aku nak travel dengan manusia berdikit2 macam mamat kat artikel ni.
Tak sanggup.
seksa sangat.
Ko dah lah bawak tak sampai rm1000 ke perth sana. Eee..kalo jadi apa2 sape nak absorb ye emengency cost tu.


Quote Peterpan17 20-4-2016 12:19 PM
lionsleepin replied at 19-4-2016 11:21 PM
Aku jenis travel bajet.
Within MY budget. Dan definisi bajet pada semua org adalah berbeza.

...

Yg lain2 tu kan aku malas nak amik kiralah psl mgkn dia budget kaw kaw. Tp KK tu aku punya tmpt. Aku tau cost sedikit sebanyak.  Klu sewa keta, dok kat Kundasang,  main 3 different island hopping mkn seafood dgn RM500?? In your dreamlah kekdahnya. Unless dia dpt subsidi dr mana2.

Quote lionsleepin 20-4-2016 12:34 PM
Peterpan17 replied at 20-4-2016 12:19 PM
Yg lain2 tu kan aku malas nak amik kiralah psl mgkn dia budget kaw kaw. Tp KK tu aku punya tmpt. A ...

Hotel apa yg dia duk kat HK cuma bayar rm150 selama 5 malam ..

Dah mcm tak logik pulak HK tu... 150 for 5 mlm Ni hotel ke dok couch surfing..

Yg indon siam tu makes sense la cukup rm500 kalo bajet gaya org single
Quote Peterpan17 20-4-2016 02:01 PM
lionsleepin replied at 20-4-2016 12:34 PM
Hotel apa yg dia duk kat HK cuma bayar rm150 selama 5 malam ..

Dah mcm tak logik pulak HK tu... ...

Hahahah!! Hostel kot. Tp klu dia kata hotel bak share hotel dimana dlm HK blh dpt RM150. Klu ada aku pun nak
Quote lionsleepin 20-4-2016 03:50 PM
Peterpan17 replied at 20-4-2016 02:01 PM
Hahahah!! Hostel kot. Tp klu dia kata hotel bak share hotel dimana dlm HK blh dpt RM150. Klu ada a ...

Gigih sangat nak nampak street smart..ujung2 nampak bongok je budak ni. Huhu.

Muka mamat ni smug face abis. Huhuhuh...
Quote mel18 20-4-2016 04:10 PM
KUMANG2011 replied at 19-4-2016 03:49 PM
KK tu dia tak detail out RM500 tu dah termasuk semua transport & hotel, makan minum, brapa lama... ...

you calculate budget g kk berapa?

i mcm nk g kk..tp if bajet beso sgt x jd la..haha..

sbb tgk tiket mcm ok je..
rm99/1way
Quote Peterpan17 20-4-2016 06:00 PM
lionsleepin replied at 20-4-2016 03:50 PM
Gigih sangat nak nampak street smart..ujung2 nampak bongok je budak ni. Huhu.

Muka mamat ni smu ...

Hahahah!! Tak psl2 dpt title bongok. Aku baca kat post dia tu, ada gak yg tak percaya dgn apa yg dia tulis
Quote minahsenget 21-4-2016 12:04 PM
i ada baca buku sorg mamat ni,backpack jugak tp mcm tak bestlah...asyik pinjam handphone org nak message kwn bila sampai satu tempat tu...tak ke menyusahkan? entahlah ..for me klu budget sekali pun ,jgn susahkan org
Quote Peterpan17 21-4-2016 05:31 PM
minahsenget replied at 21-4-2016 12:04 PM
i ada baca buku sorg mamat ni,backpack jugak tp mcm tak bestlah...asyik pinjam handphone org nak mes ...

Bongoknya. Nak mesej orang pun pinjam handphone kawan?? Elok jgn travellah klu asyik nak jimat ke tahap maksimum. Dok rumah saja.
Quote lionsleepin 22-4-2016 04:52 PM
Peterpan17 replied at 21-4-2016 05:31 PM
Bongoknya. Nak mesej orang pun pinjam handphone kawan?? Elok jgn travellah klu asyik nak jimat ke  ...

Ntah. Dok umah, lipat kain. Produktif jugak..

Ni dok pau pinjam tepon orang semata2 nak jimat poket..sabor je ler

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.193524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top