CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ya'an, China - Kampung Asal Beruang Jinak Panda

15-4-2016 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4958| Komen: 0



Oleh : TS LOO


Filem Kungfu Panda Ke-3 yang telah pun ditayang di pawagam seluruh dunia, penonton dapat melihat bapa Po akhirnya berjumpa Po dan bawa Po balik ke kampung halaman asal Po. unsur saspens mengenai nasib Po terus menarik minat para penonton: bapa Po masih hidup dan mengetahui bahawa Po juga masih hidup. 

Difahamkan pihak penerbit filem Kungfu Panda terbabit telah datang ke Ya'an, China untuk mendapat idea sebenar berhubung tempat lahir Panda.

Justeru Taman Kampung Panda dalam filem Kungfu Panda terbaru kali ini yang berlatarkan gunung yang menghijau dan sungai yang airnya jernih, serta panda-panda yang sedang bekerja keras, adalah hasil rujukan yang dilakukan oleh pihak penerbitan filem tersebut.




Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton tidak mengetahui bahawa ibu kota bagi dunia haiwan yang bernilai tinggi ini ialah Ya’an di provinsi Sichuan, China.


Bandar Ya’an yang jauhnya sejam perjalanan menggunakan kereta dari Chengdu, dikenali sebagai batu permata hijau di kawasan barat China. Terdapat banyak cerita yang menarik dan panorama yang mempesonakan di bandar ini. 


Hutan asli menyaksikan sejarah evolusi orang hutan kepada manusia, manakala hujan renek seolah-olah menceritakan asal usul terbentuknya dunia ini.

Apabila mendengar “ibu kota panda”, kita sewajarnya akan melihat peta untuk memastikan sama ada tempat itu terletak di tengah-tengah sesuatu kawasan atau tempat yang penting. 




Panorama yang indah permai terbentang di antara Dataran Chengdu dan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, akibat kuasa alam yang menakjubkan, dan juga tempat lahirnya panda, haiwan yang comel dan bernilai ini.

Ya’an, yang juga dikenali sebagai tempat penemuan panda pertama, patut diberi gelaran “ibu kota panda”.


Panda dianggap kurniaan alam kepada Ya’an, maka melindungi panda serta habitatnya menjadi tugas bersama penduduk bandar ini. Dalam masa beberapa dekad lalu, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melancarkan program-program perlindungan demi menjayakan misi tersebut.- CARI Infonet





3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.189944 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top