Oleh Adib Za Mempunyai kulit berminyak boleh membuatkan wajah nampak berkilat dan comot jika tidak dijaga rapi.
Oleh cara untuk membersihkan wajah yang berminyak juga perlu lebih penjagaan agar liang yang tersumbat dan kotoran pada wajah dibersihkan sepenuhnya. Jom lihat bagaimana rutin untuk menjaga kulit berminyak ini: 1. Pagi Pada pagi hari, sebaiknya gunakan pembersih muka jenis gel untuk menghilangkan kotoran yang menempel pada wajah.
2. Siang hari Jangan guna pencuci wajah sebarangan kerana boleh menyebabkan wajah semakin berminyak. Cukup dengan mencuci wajah dengan air sejuk untuk menyerap lebihan minyak. 3. Malam Bersihkan wajah anda dengan pembersih muka jenis gel agar kotoran dan minyak yang menempel sepanjang siang hari dapat disingkirkan. Tips penting: 1. Pembersih muka jenis gel ini baik untuk kulit berminyak kerana mampu memerangkap minyak pada permukaan kulit dan juga liang roma. 2. Pembersih muka jenis krim mempunyai pelembap di dalamnya yang boleh membuatkan masalah kulit berminyak semakin teruk. 3. Anda juga boleh menggunakan pembersih muka dari jenis herba yang diselang selikan dengan pembersih muka gel. 4. Jangan lupa memakai toner selepas mencuci wajah kerana ia sangat bagus untuk menyerap minyak. Mencuci wajah dengan air sejuk juga bagus kerana ia menyegarkan kulit dan menyingkirkan minyak. 5. Jangan cuci wajah lebih dari 2 minit kerana boleh menyebabkan kulit rosak dan mengelupas. - CARI Infonet |
11
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
12
Sedih |
21
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT