Oleh Izzah Abbasy
Kejadian yang dikongsikan bukanlah baru, ia berlaku pada awal April tahun ini tapi masih 'panas' lagi. Tindakan seorang lelaki yang mahu membaling pasu bunga pada pengurus sebuah hotel menjadi viral di media sosial. Seakan pelik bagaimana boleh berlaku perkara-perkara agak ganas seperti ini. Sudahlah berada di tempat orang. Betul tak? Pengurus Hotel Shahzan Inn di Bukit Fraser, Azizi Aziz, mendakwa lelaki terbabit yang datang bersama anak dan isterinya menginap di hotel mereka telah menampar pelayannya dua kali hanya kerana lambat memberikan layanan. Setelah itu, beliau dan majikan cuba berbincang dengannya di lobi hotel. Namun kata-kata yang dilemparnya seperti 'hotel sampah, hotel bodoh, staff bodoh dan manager pun bodoh' sambil menunding jari pada saya dan majikan. Siapa yang tahan diperlakukan seperti itu? "Dia cakap kami ini Melayu bodoh, sampah. Jadi, saya bangun dan cakaplah 'kalau Melayu itu bodoh, kaulah Melayu itu,' menyebabkan dia terus mengamuk dan mahu membaling pasu itu pada saya," jelasnya. Lelaki terbabit turut menghina tetamu berbangsa Inggeris yang kebetulan berada di situ. "Lelaki itu kata Mat Salleh ini semua pencacai kutip taik di negara mereka, jadi tak usah nak layan lebih-lebih serta jangan jadi bodoh," katanya.
Berikut rakaman CCTV kejadian berkenaan ; |
18
Bagus |
20
Marah |
16
Terkejut |
6
Sedih |
16
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT