Oleh Adib Za
Sekali lagi institusi penting dalam negara ditabur fitnah sesukanya dan semudahnya. Begitu mudah fitnah disebar dan dipercayai oleh orang ramai tanpa usul periksa. Kali ini, pihak Tabung Haji telah dituduh membenarkan bayaran pinjaman PTPTN diambil dari akaun pengguna tanpa pengetahuan pengguna itu sendiri. Bukan jumlah yang kecil, dilaporkan wang yang 'hilang' itu adalah sebanyak RM30,000. Si penyebar fitnah memulakan drama konon-kononnya wang simpanan dalam Tabung Haji telah habis disapu begitu sahaja. Pihak PTPTN juga dituduh bermain kasar dengan 'mencuri' wang dalam akaun simpanan sehingga licin tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna.
Semua drama ini nyata hanyalah helah pihak berkepentingan tertentu untuk memburukkan pihak Tabung Haji dan juga PTPTN khasnya. Dengan sedikit dialog yang direka mampu membuatkan ramai hilang percaya kepada institusi kewangan itu sekaligus memporak porandakannya. Namun, pihak Tabung Haji segera memuat naik kenyataan di laman Facebook untuk memaklumkan maklumat yang tersebar melalui Whatsapp itu adalah fitnah semata-mata. Sememangnya tindakan ini sangat bertepatan bagi mengelakkan lebih ramai yang tertipu dengan dakyah dan motif jahat individu yang menyebarkan fitnah. Netizen juga memberikan respon 'tidak percaya' kepada fitnah yang disifatkan membodohkan diri sendiri itu. Persoalannya, mereka ini tak mungkin berputus asa untuk memburukkan pihak tertentu seperti Tabung Haji atau PTPTN. Sampai bila pihak yang difitnah perlu mengeluarkan kenyataan demi kenyataan? Memang kebenaran sukar diterima, apabila fitnah disebarkan itulah perkara paling mudah dipercayai oleh orang ramai. Situasi inilah yang sangat membimbangkan berlaku di kalangan masyarakat kita. Apakah kesudahannya... - CARI Infonet |
13
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 12-4-2016 03:05 PM
apala sgt mamat ni punya kelentong kalau nk di samakan dgn bijan setan punya kelentong
-electrifying- replied at 12-4-2016 05:33 PM
tgh stdy pon dh ade 30k
salmon-suki replied at 12-4-2016 06:22 PM
Simpanan dr kecik tu kot..xpun ada org derma..xpun keje keras dr kecik,jual nasi lemak dlm kelas,u ...
-electrifying- replied at 12-4-2016 06:42 PM
HAHAHA ! positifnya sis
blackwidowbae replied at 12-4-2016 03:08 PM
Fitnah itu berdosa besar! Ko datang ler melutut cari makcik nii haaa di akhirat nanti horkeh!
LavaUollss replied at 12-4-2016 07:13 PM
bukan melutut la makcik...
Merangkak....merangkak di padang mahsyar katanya
ADVERTISEMENT