Oleh : Dean BZ Penyanyi Shima, 47, yang popular dengan lagu Teringin pada sekitar awal 90-an mengakui dia lebih gemar bersemuka dengan peminat dari menggunakan kemudahan media sosial yang ada pada masa kini.
Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, juga menyifatkan artis-artis yang lahir pada zaman teknologi sekarang sangat beruntung dengan kemudahan yang ada berbanding ketika zamannya. “Tiada istilah cemburu atau sebaliknya, cuma saya melihat artis-artis sekarang cukup beruntung kerana begitu mudah membuat promosi sendiri dan berkomunikasi dengan para peminat tanpa mengira waktu menerusi media sosial berbanding artis-artis di zaman saya yang dilihat agak sukar untuk melakukan semua itu.
“Bagaimanapun, saya akui lebih puas dan selesa dengan cara lama iaitu berdamping dengan pihak media dari aspek urusan promosi dan mendekati peminat secara berhadapan menerusi persembahan pentas. “Apa-apa pun, saya tidak nafikan impak penggunaan laman sosial sebenarnya bagus dalam urusan promosi. Cuma mungkin atas faktor usia sekarang, saya agak 'kurang mesra' menggunakan pendekatan cara ini dan lebih selesa dengan cara lama,” katanya kepada mStar Online. Katanya, sehingga hari ini dia hanya mempunyai akaun Facebook yang dijadikan medium berhubung dengan peminat di laman sosial kerana tidak mempunyai kepakaran menggunakan aplikasi lain di telefon bimbit. “Saya tidak ada Instagram, Twitter, blog atau yang seumpamanya buat masa ini selain Facebook dengan akaun fanpage 'Shima'. Jujur, saya memang tidak tahu menggunakan aplikasi tersebut di telefon. "Lagi pula tiada siapa yang nak ajar. Itu antara sebab kenapa saya tidak menggunakan telefon yang canggih. Cukup sekadar yang ada sahaja,” akuinya jujur. Ditanya mengenai perkembangan terbaru selepas menyertai rancangan nyanyian Gegar Vaganza, penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 1991 itu turut mengakui dia belum mempunyai lagu baru dan banyak menghabiskan masa dengan enam ekor kucing kesayangan. Mohon sesiapa tolong ajarkan Shima cara menggunakan media sosial. Bukan apa, cara ini lebih mudah untuk peminat berhubung dan mengetahui perkembangan semasa artis kesayangan mereka. - CARI Infonet. Sumber - mStar |
8
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
damian_lee replied at 12-4-2016 11:19 AM
shima ni macam dah hilang keyakinan dia kan???
curious .... apa yang dia lalui sepanjang perjalan ...
sepitsiput replied at 12-4-2016 01:21 PM
Chuols tgk x teh tarik che ta? Kak Eton nyanyi lagu Hot Stuff power gile! Siap speaking london mcm ...
ADVERTISEMENT