Oleh Adib ZA
Siapa yang tak makan hati, marah, geram dan terkejut bila bayi yang dihantar ke rumah pengasuh didapati calar balar dan lebam sana sini. Yang lebih menyayat hati, ia merupakan hari pertama bayi yang dikenali dengan nama Nabil itu dihantar ke situ. Hari pertama sudah didera? Itulah yang dikongsikan oleh ibu kepada bayi ini, Kushie Wany. Katanya dia tak dapat menahan rasa lalu menangis dan menjerit-jerit melihat keadaan anaknya itu lantas menghubungi suaminya. Tak tunggu lagi, bayi terus dihantar ke hospital PPUM dan doktor yang memeriksa mengesahkan ia telah didera dengan sepakan kuat pada pipi. Menurut Wany, kini Nabil dalam keadaan yang lembik dan doktor pakar kanak-kanak bahagian dera sedang melakukan pemeriksaan selanjutnya.
"Sekarang Nabil taknak susu sebab mulut dia bengkak dan ada masalah di gusi...sekarang sedang menangis dan menangis..." ujarnya memberitahu keadaan si kecil itu. Kes dera di kalangan kanak-kanak oleh para pengasuh bukan berita baru lagi, namun seolah-olah ia tiada berpenghujung. Sudah pastinya peristiwa ini menaikkan kemarahan dan kerisauan di kalangan ibu bapa khususnya. Para netizen tidak melepaskan peluang memberi semangat dan juga doa agar si kecil, Nabil kembali pulih serta sembuh dengan segera. Dalam masa beberapa jam sahaja, status yang dimuat naik ini telah dikongsi hampir 15,000 kali. Semoga mereka yang bertanggungjawab dalam kes dera ini diberikan hukuman setimpal dan moga si comel Nabil kembali sihat seperti biasa. - CARI Infonet |
12
Bagus |
7
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LavaUollss replied at 8-4-2016 01:37 PM
Nanti mesti ada yang komen "lain kali jaga la anak sendiri"..........Bangang sangat kalau ada yg kom ...
lashes replied at 8-4-2016 06:25 PM
Mungkin baby ni nangis xhenti2 agknye..mcm pengalaman kwn i la..tp anak die xkena dera..anak die bab ...
ADVERTISEMENT