CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bayi Menangis, Jangan Tertekan Sangat, Papa!

6-4-2016 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3682| Komen: 0



Oleh : TS LOO

sumber foto: http://media.suara.com/


Bayi kalau tidak menangis memang sesuatu yang pelik. Tapi jika banyak sangat menangis, tanpa henti pula, memang memeningkan kepala.

Sebenarnya, menangis merupakan cara bayi berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya sebelum dia tahu bercakap. Bagi ibu bapa baru, tangisan bayi dikatakan serupa sahaja. Akibatnya mereka rasa keliru dan tidak tahu apa yang diingini oleh anak.  



Untuk pengetahuan papa semua, kalau anak anda menangis, ada beberapa makna. Antaranya ialah:

- Sebab basah
- Sebab lapar
- Perlukan perhatian
- Rimas akibat terlalu banyak perhatian
- Sakit
- Penat
- Sudah terjaga daripada tidur
- Rasa tidak selesa


Pakar pediatrik dan papa-papa berpengalaman ada beberapa panduan untuk anda agar tenang berhadapan dengan bayi yang menangis.


1. Bertindak segera
Anda perlulah cepat memberikan tindak balas terhadap tangisan anak. Jika anda dapati anak mula hendak menangis, angkat dia dan dukunglah dengan penuh kasih sayang. Bercakaplah padanya dengan suara yang lembut. Sebaiknya, jangan biarkan dia mula menangis kerana bimbang lambat berhenti.


2. Rapat
Jika anak sudah menangis, bawa bayi rapat ke muka anda sebab jika dia buka matanya, dia akan nampak anda. Hasilnya, dia akan rasa tenang dan seterusnya berhenti menangis kerana tahu anda berada dekat dengannya.


3. Periksa sekeliling anak
Periksa sama ada anda perlu salinkan lampinnya atau pun tidak? Semasa menukar lampin tersebut, periksa juga kulit bayi anda untuk melihat adakah kulitnya ada ruam lampin ataupun tidak? Ruam lampin lazimnya membuatkan anak rasa tidak selesa terutamanya ketika basah lebih-lebih apabila terkena air kencingnya.


4. Haus
Lihat jam, sekiranya sudah tiba masa untuk anak minum, berikan dia susu kerana dia mungkin haus.


5. Periksa suhu badan anak
Sekiranya anak sejuk, selimutkanlah dia dan jika dia panas, tukarkan pakaiannya kepada yang lebih nipis agar anak lebih selesa.


6. Bawa anak berjalan-jalan
Ramai bayi akan berhenti menangis jika dibawa berjalan-jalan atau paling tidak pun mendodoikannya. Cubalah lakukan cara ini. Mudah-mudahan anak anda akan rasa lebih tenang dan berhenti menangis.


7. Gunakan bunyi-bunyian
Anda tentu tahu bahawa pada trimester ketiga kehamilan, bayi boleh sudah boleh mendengar apa-apa sahaja yang berlaku di luar kandungan ibunya. Oleh yang demikian, cubalah memainkan bunyi-bunyian yang anda rasa boleh memenangkan bayi seperti bunyi kipas angin, bunyi mencari frekuensi radio atau sebagainya.


Berhadapan dengan bayi yang menangis benar-benar menguji kesabaran. Sebagai papa, anda mestilah banyak-banyak bersabar, bertenang dan bertindak mengikut suara hati. Bukan mengikut perasaan.  - CARI Infonet




sumber info: http://www.majalahpama.my/
12

Bagus
6

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.036695 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top