CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Payah Ribu-ribu, Mas Kahwin Pasangan Ini Hanya Segelas Air

4-4-2016 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8833| Komen: 26

Oleh Izzah Abbasy

Menjadi semakin parah dalam soal mas kahwin mahupun wang hantaran. Kenapalah masyarakat kita hari ini kan?

Bermula dengan video pengantin lelaki ditumbuk gara-gara wang hantaran tidak cukup, menyusul pula isu “suami setengah jam”, dan terbaru, seorang lelaki berkahwin dengan wang hantaran tidak sampai RM 1000 antara topik hangat yang dibualkan oleh orang ramai sekarang.


Memandangkan, isu wang hantaran sedang menjadi “trend” di media sosial sekarang, lain pula kisah di negara seberang, Indonesia di mana mas kahwin bagi pihak lelaki terhadap pengantin perempuan hanya segelas air sahaja.

Tiada kekecohan yang timbul, mas kahwin segelas air itu merupakan persetujuan daripada kedua belah pihak.
 
Menerusi Facebook milik Purwanto, beliau memuat naik sekeping foto dengan berkapsyen “Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya...Semoga menjadi keluarga yang bahagia”
 
Menurut Purwanto lagi, pengantin lelaki itu merupakan pegawai agama dan ramai netizen tidak menyangka perkahwinan mereka berjaya dilangsungkan dengan mas kahwin berbentuk segelas air sahaja. Mudah bukan? Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin. jadi, fikir-fikirkanlah yang terbaik. - CARI Infonet

17

Bagus
19

Marah
29

Terkejut
54

Sedih
22

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 4-4-2016 06:54 PM
Puihhhh!!

Lelaki kedekutttt!

Nanti dh kahwin sengkek pon kedekut, biler duit banyak pun kedekut!
Rezeki lepas kahwin tu Allah bagi untuk anak isteri ler bodow bengappppp!!!
Quote ellejo 4-4-2016 07:21 PM
geli aku dgn viral mas kawen murah pelbagai.
Quote Esmiria 4-4-2016 07:26 PM
at least bgile duit wey. sikit pun.goyang telur je..
Quote UmbrellaCorps 4-4-2016 08:34 PM
hantaran, mas kawin takda paksa2.. diberi sepertimana dibincang dan dipersetujui kedua pihak.. kalau dah awal2 dipersetujui sepatutnya takda masalah..
lelaki kalau tak mampu kata la tak mampu, benda boleh bwk bincang..
cuma jangan dok jaga ego sgt konon mampu byr sebab nak tunjuk kat keluarga perempuan..
Quote tiang@pi 4-4-2016 09:14 PM
Terbaek.......
Quote Artemesiaa 4-4-2016 11:17 PM
Dah mereka sama2 setuju maharnya sebegitu siapa kita untuk menafikannya.
Quote Siput_Sawah 5-4-2016 09:23 AM
lebih baik " segelas air" dari mas kawin dan wang hantaran hasil pinjaman peribadi dari bank  lima tahun tak abis bayar.bila adat mengatasi agama.
Quote aUtuMn^AnGeL 5-4-2016 01:01 PM
Esmiria replied at 4-4-2016 07:26 PM
at least bgile duit wey. sikit pun.goyang telur je..

hahahahahah lawak aih..
ya la kasi la RM100 takkan takde

Quote MelZ_Eulalia 5-4-2016 01:35 PM
Esmiria replied at 4-4-2016 07:26 PM
at least bgile duit wey. sikit pun.goyang telur je..


Quote MariaClara 5-4-2016 02:12 PM
mna korang tau dia dekut..mane la tahu lps kawin dia bg duit...tah2 lelaki ni kaya..saje nk simbolik camtu...kite cume bc berita jek..nak tau pi call pengantin la hahahhahah
Quote AMDTurion 5-4-2016 04:54 PM
Ntahlah. Dah dua2 setuju nak buat camne. Tp pendapat aku biarlah ade. At least yang pengantin perempuan boleh nampak dan ingat sampai bila2.

Ni lepas minum jd air kencing plak. Walaupun ion2 positifnya sudah meresap ke dalam tubuh badan.
Quote estrelle 5-4-2016 08:19 PM
blackwidowbae replied at 4-4-2016 06:54 PM
Puihhhh!!

Lelaki kedekutttt!

Kejamnya  ayat makcik.hahaaa
Quote mak_wa95 5-4-2016 08:25 PM
harga sebuah cinta
Quote nakkomenjugak 5-4-2016 08:58 PM
mbak trisna pon dapat mahar air jugak jugak ke dulu?   
Quote HannahMontana 6-4-2016 08:06 AM
setakat air segelas  , ibu ayah kita sudah berbotol2 air  botol susu  sudah kita tunggang .......



nak anak org ko kena tunjuk komitmen ko tu

duit kena hulur

siapa nak sayang menantu xberduit .

Quote trisnalovezul 6-4-2016 10:49 AM
ellejo replied at 4-4-2016 07:21 PM
geli aku dgn viral mas kawen murah pelbagai.

Knapa kamu cmburu..biar mas kawin rendah asalkan punya keberkatan dan mawaddah warohmah dlm perkahwinan itu..apa guna mas kahwin berjuta nnti kamu jadi janda juga atau somi kamu kawinclain juga..haha
Quote trisnalovezul 6-4-2016 10:51 AM
blackwidowbae replied at 4-4-2016 06:54 PM
Puihhhh!!

Lelaki kedekutttt!

Yg pnting kehidupn lepas nikah..alloh ga ckp mas kawin banyak bisa bahagia..janji ada barokah dan mawaddah dalam pkahwinan...patutlah wanita malaysia ramai jadi janda mata duitan mungkin..patutlah laki malaysia cari wanita luar kerna wanita luar bisa susan n senang sama somi disamping setia..jgn mata duitan kak..
Quote blackwidowbae 6-4-2016 10:55 AM
estrelle replied at 5-4-2016 08:19 PM
Kejamnya  ayat makcik.hahaaa

Ahaha


Makcik terlebih emosi time tu nakkk oii, hormon meroyan bertengkek tengkekk ehehe
Quote blackwidowbae 6-4-2016 11:04 AM
trisnalovezul replied at 6-4-2016 10:51 AM
Yg pnting kehidupn lepas nikah..alloh ga ckp mas kawin banyak bisa bahagia..janji ada barokah dan  ...

Makcik mata duitan ker nakk trisna oii, makcik baru tahu, kihkihkih

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top