Oleh Adib Za
"Ini Gunalan. "Dia ada diploma tapi sekarang tiada kerja kerana kecederaan pada kakinya. "Dia ada dua orang anak perempuan yang perlu dijaga. "Namun, Gunalan tak mahu terima wang bantuan. Yang dia mahukan adalah sebuah pekerjaan." Begitulah antara bibit-bibit yang dikongsikan di laman facebook Feed The Poor. Ia merupakan satu organisasi untuk membantu mereka yang miskin dan gelandangan di negeri Pulau Pinang. Dalam satu bantuan, mereka menemui lelaki ini, Gunalan namun enggan menerima bantuan sebaliknya sangat memerlukan pekerjaan untuk menyara dua orang anaknya.
Kumpulan Feed The Poor ini memuat naik gambar dan nombor telefon Gunalan dengan harapan ada yang sudi membantu. Siapa sangka, kurang dari 24 jam, ia bukan sahaja mendapat pujian para netizen, malah sudah ada yang mahu menawarkan pekerjaan. Wow! Begitulah penangan media sosial. Namun, semuanya bertitik tolak daripada mereka yang suka membantu ini. Mereka tak mahu orang lain hidup dalam kesusahan. Memang, peluang kedua itu sangat diperlukan bagi semua orang. Syabas kepada netizen, Vilaa Shinyi dan keluarganya yang bermurah hati menghulurkan bantuan. Semoga Gunalan semakin dipermudahkan dan lebih ramai yang menjadi 'agen' untuk memudahkan orang susah seperti ini. - CARI Infonet |
15
Bagus |
5
Marah |
24
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
system_failure replied at 1-4-2016 09:09 PM
aku suka lepak memalam tgk org2 menyanyi tepi jln, melukis, dgr citer pak pacak, tgk anak2 kecil gel ...
ADVERTISEMENT