Oleh : Dean BZ Selebriti dan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi masih kekal sihat dan muda walaupun di usia 54 tahun. Ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia dan petua Datuk Aznil masih kekal menawan.
"Bagaimana kekal muda? (ketawa). Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. "Saya hanya menggunakan tiga penjagaan wajah yang asas iaitu pencuci, toner dan pelembap. "Apa yang penting, dari dulu sampai sekarang, saya hanya melakukan rutin seharian iaitu mencuci muka sebelum dan selepas daripada bangun tidur," katanya kepada Zass.
Selain itu, Datuk Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil mengakui senaman dan menjaga rutin pemakanan harian adalah salah satu petua kekal sihat. "Kadang-kadang, ada juga saya berpuasa. Ada satu rutin yang saya mesti lakukan pada setiap hari iaitu berlari di atas treadmill. Dengan kaedah itu, saya akan membakar 300 hingga 600 kalori setiap hari. "Daripada saya hanya membelek telefon dalam tempoh sejam dua, lebih baik saya berlari. Sekurang-kurangnya, ia membuatkan saya kelihatan cergas," katanya. Jadi, nak kekal sihat dan menawan seperti Pak Nil? Amalkan petua yang telah dikongsikan. - CARI Infonet. Anda juga boleh membaca disini - Rahsia Pak Nil Kekal Muda
|
25
Bagus |
25
Marah |
23
Terkejut |
36
Sedih |
22
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT