Oleh Fyruz Hanna Membeli rumah sendiri pastinya merupakan harapan setiap orang yang bekerja. Bila ada rumah sendiri, ia adalah aset dimasa akan datang untuk kita. Rumah juga merupakan lambang dan status quo seseorang. Dan oleh kerana membeli rumah itu sukar dan jarang kerana terbatas dengan duit dan harga pasaran yang tinggi sebab itu ramai yang menjadi mangsa penipuan dan penindasan daripada sebelah pihak. Bagi yang membeli rumah baru, tempoh 24 bulan yang diberi oleh pemaju sebenarnya merupakan 'saat penting' untuk periksa segenap ruang dan sudut kerana kita sebagai pembeli berhak mendapatkan rumah dalam keadaan baik dan selamat diduduki.
PERALATAN : ### Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda. ### Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape. ### Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari. ### Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah 1. Azan - Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. - Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar. 2. Pintu - Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali. 3. Tiles Lompong - Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. - Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok. - Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. - Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air. 4. Elektrik - Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. - Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket. 5. Meter Air - Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna. - Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. - Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar. - Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor. - Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki. 6. Tingkap dan Sliding Door - Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. - Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat. 7. Tangga - Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang. 8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor - Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. - Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda. - Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna. - Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak. 9. Dinding Retak -Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera. 10. Kunci Semua -Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik. -Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel. Ilmu sebegini semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pembeli kerana kuasa ada di tangan anda. -CARI Infonet. |
15
Bagus |
29
Marah |
36
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 30-3-2016 06:12 PM
Teruknya finishing rumah ni nasib le siapa2 yang beli banyak betul yang nak kena perbaiki. Satu lag ...
ADVERTISEMENT