SIBU - Kebakaran memusnahkan 20 kedai di Jalan Tukang Besi di sini hari ini, menjadikannya kebakaran ketiga di bandar ini dalam tempoh kurang dari sebulan. Anggota bomba dan empat jentera mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal kebakaran yang bermula 11 pagi, dan menghalangnya daripada merebak ke kedai berdekatan. Antara kedai yang musnah adalah dua makmal perubatan, kedai buku, bengkel membaiki motosikal, kedai tukang emas/senjata, klinik swasta, restoran dan pejabat cawangan dua akhbar berbahasa Cina iaitu 'The International Times' dan 'Berita Petang'. Menurut seorang saksi, Dr Isaali Wasli, yang mengusahakan 'Klinik Ali' di kawasan itu sejak 24 tahun lepas, beliau sedang merawat beberapa pesakit di klinik berkenaan ketika kebakaran tercetus. Beliau menyuruh pesakit beredar sebelum kebakaran merebak ke kliniknya, dan berkata kebakaran dipercayai bermula dari sebuah daripada kedai di tingkat satu bangunan kedai sebaris itu. Menurut Pegawai Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Rafie Sapar, ini adalah kebakaran ketiga di bandar ini dalam tempoh kurang dari sebulan. Kebakaran pertama pada 19 Jun memusnahkan kira-kira 60 buah rumah, mengakibatkan 597 orang daripada 144 keluarga hilang tempat tinggal di Kampung Datu/Kampung Hilir. Pada pagi Jumaat lepas, kebakaran memusnahkan sebuah generator pam air dan peralatan lain di stesen pam air mentah Lembaga Air Sibu di Jalan Lanang.
|
leylapple posted on 15-7-2013 04:43 PM
aku suspek lintas pintas....nie row shophouses yang lama...
tapi beli emas kat sini best...blh ...
dino posted on 15-7-2013 04:44 PM
aku ingat ade unsur khianat... maklumlah dok terpikir so called sultan sulu tuh.... balas dendam k ...
leylapple posted on 15-7-2013 04:46 PM
sultan sulu di lahad datu..yang nie sibu.....
mesti dino kompius mana satu daerah dalam sabah o ...
brownstone posted on 15-7-2013 11:44 PM
Apsal Sibu ni asyik dok kuar headlines je sejak 2 menjak ni?? Aritu kes buno buno pon di Sibu. Bot k ...
ADVERTISEMENT