CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Komen Pedas Buat Logo Harimau Malaysia. "Adakah Itu Harimau atau Beruang?" ...

29-3-2016 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17546| Komen: 27

Oleh Adib ZA



Skuad Harimau Malaysia yang kini dalam proses mencari logo rasmi terbaharunya, telah memilih lima finalis sebagai calon akhir. 

Dilaporkan penyertaan yang menggalakkan sehingga lebih 2,000 calon menghantar penyertaan masing-masing. 

Namun, selepas lima calon akhir ini didedahkan, adanya pandangan daripada seorang pelukis grafik dan illustrator profesional yang wajar diambil perhatian oleh pihak FAM dan juga peserta itu sendiri. 

Netizen tersebut, A'an Hj Arshad pernah bertugas sebagai Ketua Unit Ilustrasi di salah sebuah syarikat penerbitan negara, memberikan komen satu persatu terhadap lima calon akhir itu.

Bukan itu sahaja, dia mempersoalkan bagaimana lima logo tersebut boleh memasuki peringkat akhir kerana terlalu banyak kelemahan dalam setiap logo tersebut. 




Ini bukan perkara main-main kerana bakal menjadi logo rasmi pasukan kebanggaan negara. Ikuti komen yang diberikan: 

Logo 1 - Penghasilan agak baik. Tetapi kurang identiti Malaysia. Lebih parah lagi harimau itu tidak nampak mcm harimau... nampak mcm cerpelai pun ada...

Logo 2 - Ini adalah dosa yg paling besar. Komposisi kepala harimau dari sudut tepi. Tapi gigi dari sudut depan. Alamak... harimau jongang ke tu?

Logo 3 - Adakah itu harimau sedang bertafakur? atau harimau yg sedang tidur? atau itu sebenarnya beruang?

Logo 4 - Pasukan dari selatan pernah melakukan kesilapan apabila individu yg tdk bertanggungjwb telah mengambil jln mudah copy logo dari internet dan dijadikan logo pasukan dan akhirnya membawa impak yg negatif kepada pasukan. Adakah FAM mahu perkara mcm tu berulang pada pasukan Malaysia pula?

5 - Kalau mahu membawa imej GARANG dalam pasukan, logo ini tdk sesuai. Tapi kalau FAM mahu team ini senyum2 je mungkin logo ini sesuai. Harimau pun nampak rilek2 je... siap senyum lagi.


Bagaimana dengan pandangan anda? Adakah lima finalis tersebut begitu teruk atau bagaimana? - CARI Infonet

10

Bagus
16

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 29-3-2016 12:54 PM
Kikikiki.. Mamat ni frust kot logo die kalah
Quote Jajabeans 29-3-2016 01:17 PM
1 ngn 4 tu dah smart. yang lain haukk. Yang xterpilih tu lagi haukk ke apa.
Quote rigorsamsa 29-3-2016 01:29 PM
nombor 4 tu okay jgk.
Quote Mary_jane 29-3-2016 02:01 PM
Nombor 4 paling sesuai kot. Tapi tu ciplak ka?
Quote manjalara_01 29-3-2016 02:54 PM
Edited by manjalara_01 at 29-3-2016 04:40 PM
Ferr_Remy replied at 29-3-2016 12:54 PM
Kikikiki.. Mamat ni frust kot logo die kalah

i rs die x ambik graphic kot dulu....
i suke no2....sori tu say...there is nothing wrong dgn logo no2...haha...
skrg ni dh modern..please up2date skit....kalau zaman old school dulu mmg la kalau logo.semua mesti nampak 2D...
kalau nak ketinggalan zaman..sila la dgn mindset tersebut...skrg ni..logo dh mcm2 jenis...logo no2 tu...i suke..ade ilusi 3D...disebabkan gigi tu..
helo??...gigi tu sisi 45 degree...punya tepi..bukan 90 degree punye tepi..ade perspektif..bahagian gigi depan besar lagi dari yg kebelakang...
so tolong tingkatkan ilmu di dada..tu sblum pandai2...komen...tq....mcm sentap pulak kan?...
Quote blackwidowbae 29-3-2016 04:10 PM
Makcik suker number 2
Quote ~boolean 29-3-2016 04:14 PM
manjalara_01 replied at 29-3-2016 02:54 PM
i rs die x ambik graphic kot dulu....
i suke no2....sori tu say...there is nothing wrong dgn logo ...

Betul lh brader tu cakap gigi tu salah... sebab posisi muka harimau dari side tepi...
Quote kukukatablog 29-3-2016 04:35 PM
aku suka jah semua logo tuh cuma no 5 tu mmg  xlawa cam logo bank jah...
Quote Kambeng_Gurun 29-3-2016 04:44 PM
No. 5 tu dah macam logo Thundercats pulak
Quote manjalara_01 29-3-2016 04:57 PM
Edited by manjalara_01 at 29-3-2016 05:04 PM
~boolean replied at 29-3-2016 04:14 PM
Betul lh brader tu cakap gigi tu salah... sebab posisi muka harimau dari side tepi...

x betul...no5 yes...90degrees tepi....


no2 lebih kurang 45 degree sbb tu idung pun ade sisi lebih..bukan gigi saje...[img][/img]








Quote manjalara_01 29-3-2016 05:11 PM
Kambeng_Gurun replied at 29-3-2016 04:44 PM
No. 5 tu dah macam logo Thundercats pulak

1980an punye logo

Quote palmolive 29-3-2016 07:50 PM
Amik jek gambo rimau real buat logo....
Quote Ferr_Remy 29-3-2016 11:12 PM
manjalara_01 replied at 29-3-2016 02:54 PM
i rs die x ambik graphic kot dulu....
i suke no2....sori tu say...there is nothing wrong dgn logo ...

Kan.. I plak suka #2. Mandai je mamat ni komen itu ini. Sedih mata die ni ketinggalan zaman.
Quote manjalara_01 29-3-2016 11:32 PM
Ferr_Remy replied at 29-3-2016 11:12 PM
Kan.. I plak suka #2. Mandai je mamat ni komen itu ini. Sedih mata die ni ketinggalan zaman.

ntah2 die rabun..tp x sedar yg die rabun...
Quote Ferr_Remy 30-3-2016 12:48 AM
manjalara_01 replied at 29-3-2016 11:32 PM
ntah2 die rabun..tp x sedar yg die rabun...

Sori kak. Maksud I, I suka #1
Quote imransulaiman 30-3-2016 02:17 AM
#3 tu dah serupa Dajal mata satu...
Quote ijan_jenin 30-3-2016 09:20 AM

memang macam thundercats... inspirasi la tu
Quote matseh 30-3-2016 11:14 AM
Tu la bola malaysia. Semalam 0-0 dgn Macau. DGN MACAU!. Budak2 pulak seri dgn NEPAL.
Mmg betui, kadang2 ada yg menang ada yg kalah, German pun kalah. Brazil pun Kalah.
Tapi depa tak kalah dgn Latvia atau kalah dgn Guetamala.  Depa menang.
Gaji bepuluh ribu sekor2 yg main macam budak2 sekolah darjah 6.
Maybe dah masanya kita ambik pemain import wakil malaysia. Nak harap depa2 ni. mmg tak kemana la bola malaysia ni. Lantik sapa2 pun jadi coach, jadi presiden akan sama shj.
Kekurangan skill asas. asas taktikal pun kurang. Kurang dari segi fizikal, mental.
Tukaq logo - boh logo ayam betina. Lagi kena aku rasa.
Quote chinta89 30-3-2016 11:40 AM
no 4 paling oke.. pilihan iols lah no 4. tp myb boleh improve sikit lagi.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top