Oleh Adib ZA Memang trend berjambang kini menjadi ikutan ramai jejaka di luar sana. Namun, tahukah sebenarnya ia kini bukan sekadar gaya atau imej semata-mata, janggut atau jambang turut memiliki fakta menarik.
Jom semak apakah fakta menarik tentang jambang: 1. Nama Jolokan Mereka yang memiliki jambang memiliki karakter atau personaliti yang lebih mudah dikenali. Sekali jumpa pasti tak lupa. Tak hairanlah mereka ini ada nickname tersendiri yang diberikan oleh rakan-rakan. Wak Doyok, Pak Janggut, Jambang Comel dan sebagainya, sekadar contoh.
2. Tumbuh dengan sangat panjang Janggut terpanjang yang pernah dicatatkan adalah sepanjang 5.3 meter milik seorang lelaki berasal dari Norway. Ia dicatatkan pada tahun 1920-an. Terkini rekod dipegang oleh Shamsher Singh dari India dengan janggut sepanjang 1.8 meter. 3. Lebih sihat Adanya kajian mendapati mereka yang berjambang memiliki kesihatan yang lebih baik. Ini kerana janggut itu dapat menyaring kotoran dan partikel berbahaya daripada masuk ke mulut atau hidung. 4. Awet muda Pandangan tentang mereka yang berjambang tampak lebih tua adalah salah. Ini kerana jambang mampu berfungsi melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari secara terus. Ia bukan sahaja mencegah tanda penuaan, malah kanser kulit. 5. Simbol kejantanan Sebuah survey mendapati lelaki berjambang dilihat lebih dewasa, dihormati dan status sosialnya lebih tinggi. Ia juga dilihat sebagai simbol kejantanan sejak berzaman lama. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT