CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang maut, 3 cedera parah

15-7-2013 09:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3522| Komen: 11

Description: MACHANG - Seorang maut dan tiga yang lain cedera parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Machang -Pasir Puteh, di sinipada jam 11.30 pagi kelm ...
MACHANG - Seorang maut dan tiga yang lain cedera parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Machang -Pasir Puteh, di sini  pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Mangsa maut, Anis Syafiqah Harun, 14,  meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia pada jam 11 malam, kelmarin selepas hampir 12 jam mendapatkan rawatan.

Tiga mangsa yang cedera turut mendapatkan rawatan di hospital yang sama manakala pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan dirawat di Hospital Machang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, Anis Syafiqah  yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, kemalangan di Kilometer 4.7 Jalan Machang- Pasir Puteh itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori yang dipandu seorang pemuda.

Menurutnya, MPV yang dipandu wanita itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Kedah sebelum bertembung dengan sebuah lori berdekatan Sekolah Menengah  Kebangsaan Hamzah 2, dekat sini.

“Rempuhan kuat tersebut menyebabkan MPV tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian pemandu dan mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Machang.

“Lori  yang dalam perjalanan dari arah Machang Pasir Puteh itu dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV  itu.  Kes disiasat  di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

6

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 15-7-2013 08:08 AM

MPV yang dinaiki empat sekeluarga rosak teruk selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Machang- Pasir Puteh, kelmarin.
Quote puterikhaleeda 15-7-2013 08:13 AM
teruk nya... allah ....... al fatehah
Quote hmylieenz 15-7-2013 08:15 AM
alfatihah dan salam takziah untuk keluarga  mangsa
Quote izamahmed 15-7-2013 08:16 AM
ramadhan terakhir utk mereka. Al-Fatihah
Quote cocoagirl 15-7-2013 08:20 AM
Al-fatihah....
Quote izamahmed 15-7-2013 09:59 AM
dekat2 musim perayaan ni berhati2 memandu
Quote cikmi 15-7-2013 10:08 AM
kkdg siang2 ni time pose ni mengantuk..so hati2 la time bawak kete
Quote MsIda 15-7-2013 10:20 AM
Salam Takziah pada keluarga
Quote mjla 15-7-2013 10:23 AM
Nak raya nie lagi byk le tragedi..
Quote zaiha 15-7-2013 10:23 AM

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
ﺍﻠﻔﺎﺘﺤﻪ
Quote jepp 15-7-2013 04:10 PM
Takziah... Al Fatihah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058646 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top