CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bro, Apa Masalahnya Bergaya Hidup Wanita, Yang Penting Sihat..

18-3-2016 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3642| Komen: 0



Oleh : TS LOO


Sedia kita maklum, rata-rata kaum hawa lebih bersikap positif dan mempunyai cara hidup yang lebih sihat berbanding lelaki kerana faktor remeh tahu? 


Mungkin kebanyakan orang menganggap benda itu ‘simple’, tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga.

Berikut empat panduan untuk seseorang itu kelihatan lebih sihat mengikut gaya hidup kaum hawa yang boleh dijadikan rujukan.  

 

Bersihkan wajah sebelum tidur
Menurut Ariel Ostad, M.D., pembantu profesor dermatologi di New York University Medical Center, orang lelaki tanpa disedari lebih kerap menyentuh wajah mereka berbanding wanita. 


Tabiat ini boleh menyebarkan bakteria kerana tangan khususnya jari adalah bahagian yang paling kotor, ini terbukti oleh pakar sains kesihatan di Amerika Syarikat. 

Jadi harus menjadikan tabiat buat orang lelaki iaitu membersihkan muka pada waktu malam kerana dapat mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria menutup liang pori pada wajah.

 

Timbang berat badan setiap hari
Menurut kajian di University of Minnesota mendapati mereka yang menimbang beratnya setiap hari lebih banyak menurunkan berat berbanding yang mengelak mesin penimbang. 

Caroline Cerderquist, M.D., pengarah perubatan pernah mengeluarkan kenyataan yang jelas membuktikan lelaki kurang sensitif atau tidak mudah perasan akan bentuk fizikalnya melalui baju yang mulai mengetat.

Kebanyakan lelaki cenderung untuk naik berat badan pada bahagian abdomen, dan hanya perasan mereka semakin gemuk apabila bahagian pinggang pada seluar sudah betul-betul ketat. Biasanya, kegemukan pada bahagian inilah yang menyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes, strok, dan kanser.



Bawa gel antibakteria
Memang tidak dinafikan, orang perempuan lebih biasa bawa gel antibakteria ke mana mereka pergi. Mungkin orang lelaki akan beranggapan ianya tingkah laku yang remeh, tetapi mungkin bagi perempuan ia adalah perlu. 

Sebenarnya membawa gel antibakteria bukanlah simptom kepada germaphobe (sejenis penyakit berkaitan dengan fobia), tetapi kerana wanita selalu bersedia dan rasa ia perlu. 

Kata Joshua Zeichner, M.D., pengarah bahagian kosmetik dan dermatologi di The Mount Sinai Hospital, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria.

Penggunaan gel antibakteria ini sangat mudah. Hanya perlu dioleskan pada kedua-dua telapak tangan dan dibiarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Senang kan?

 

Mandi
Sebilangan besar lelaki berpendapat pasangannya mengada-ngada kerana hanya mahu mandi air suam dengan alasan kerana tak tahan air sejuk. 

Sebenarnya tahukah anda, mandi dengan air suam dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara keseluruhannya?

Ada pula yang mencampurkan air mandian dengan garam laut dapat mengatasi penghasilan kedutan halus pada kulit. Kemudian, oleskan losen. 

Menggunakan losen tidak mengurangkan sifat maskulin anda, ia hanya untuk kulit yang lebih segar dan sihat. 


Berhentilah berfikiran sempit! Malas berendam sedangkan cara begini yang terbaik untuk mengurangkan stres? Ajak sahaja isteri menyertai anda, selesai masalah dan boleh mengeratkan lagi hubungan imtim suami isteri, kan bagus.- CARI Infonet







 

4

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.026881 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top