Oleh Fyruz Hanna KUALA LUMPUR: Komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan meninggal jam 2:15 pagi tadi di Hospital Selayang akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk buah pinggang dan serangan angin ahmar. Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada kamis dan diberikan ubat tidur bagi membolehkan beliau berehat kerana fungsi buah pinggangnya yang semakin melemah. Sepanjang kerjaya seni beliau, Allahyarham banyak menghasilkan lagu-lagu artis tempatan antaranya lagu Jerat Percintaan yang menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramai, Kajang sebelum dikebumikan di tanah perkuburuan islam berdekatan. -CARI Infonet. Sumber:mstar
|
ADVERTISEMENT