Jangan ketinggalan untuk bertemu dengan superstar dari Korea, Lee Min-Ho yang akan berkunjung ke Ibu Negara sempena pelancaran restoran francais KyoChon terbesar di Malaysia di pusat membeli belah di Pavilion KL. Lee Min-Ho yang juga duta produk rangkaian francais ayam goreng Korea terkenal akan mengadakan penampilan eksklusif di cawangan berkenaan pada 25 Mac ini bermula jam 6 petang. Peminat Lee Min-Ho berpeluang memenangi pas istimewa untuk bertemu superstar berkenaan secara eksklusif. Lee, 28, adalah antara superstar Korea yang cukup dikenali ramai dan menjadi pujaan di seluruh dunia.
Lakonan beliau cukup berkesan dan memberi impak di hati peminat dan antara drama popular beliau adalah seperti Boys Over Flowers, City Hunter serta filem Gangnam Blues. Beliau sekarang sedang bercuti selepas menyiapkan penggambaran filem usaha sama produksi China dan Korea Bounty Hunter dan sanggup terbang ke negara ini sempena perasmian berkenaan. Mahukah anda bertemu dengan Lee Min- Ho? Berikut adalah cara-caranya: Bermula hari ini hingga 20 Mac depan, jika berbelanja minimum RM68 (dalam satu resit mengikut terma dan syarat) di mana-mana cawangan KyoChon, anda akan mendapat satu borang yang membolehkan anda berpeluang untuk memenangi pas untuk bertemu dengan Lee Min-Ho. Untuk maklumat lanjut mengenai lawatan Lee Min- Ho ini, sila layari laman www.facebook.com/KyoChonMalaysia . |
16
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT