Oleh Izzah Abbasy
Beyonce mungkin menoktahkan perkahwinannya dengan suaminya, penyanyi terkenal Jay-Z. Mengikut sumber, Beyonce kini lebih suka berparti dan berfoya-foya kerana ada sesuatu sedang mengganggu fikirannya. Parti yang dihadirinya juga bagi meraikan ulang tahun anggota kumpulan Destiny’s Child, Kelly Rowland. Lebih mengejutkan apabila penyanyi Halo itu tiba-tiba menanggalkan cincin perkahwinannya. Sambil memegang cincin berkenaan, dia berkata itu kali terakhir orang dapat melihatnya memakai barang kemas terbabit. Terdahulu, hubungan dingin pasangan itu menjadi bualan ramai selepas video Jay-Z ditendang adik iparnya, Solange tersebar luar. Dalam insiden itu, Solange dikatakan sangat marah apabila mengetahui Jay-Z melayan Beyonce dengan buruk. Lebih menyedihkan, kebahagiaan yang dipamerkan pasangan terbabit rupa-rupanya sandiwara sahaja. Mereka masih tinggal sebumbung tetapi tidur berasingan. Di antara dua bilik itu adalah bilik anak perempuan mereka, Blue Ivy. - CARI Infonet Kredit : HMetro
|
4
Bagus |
21
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jelitaqasyah replied at 14-3-2016 12:26 PM
jay z tu kaki pukul ke?
-electrifying- replied at 14-3-2016 04:15 PM
apa la si joe flizzow ni... sory jay Z...
xkan dh xselera ng beyonce?
manjalara_01 replied at 15-3-2016 12:20 PM
hello?? ape kena mengena joe flizow ngan si J Zee ni??..old school la pulak gambar ni...rare pic j ...
ADVERTISEMENT