CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Nora, Adibah Noor Juga Beri Nasihat

12-3-2016 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 15757| Komen: 74


Oleh Fyruz Hanna

Selepas viral nasihat Nora Ariffin kepada penyanyi baharu kini perkara yang sama juga turut dirasai oleh artis serba boleh Adibah Noor.

Pandangan sama disuarakan Adibah Noor:

“Kalau anda rasa nak menyanyi, tak salah. Kalau anda seorang pelakon dan rasa nak cuba mengacara atau menyanyi, tidak ada masalah. Tetapi anda kena timba ilmu itu dahulu.

“Anda kena faham perkara ini merupakan satu tanggungjawab. Pentas itu adalah pejabat kita. Orang lain kerja di pejabat, mahkamah dan sebagainya. Tempat kerja kita pula ialah pentas.


“Jangan ingat bila anda ambil mikrofon dan nyanyi, anda rasa sudah cukup untuk menjadi seorang penyanyi. Cuba tengok dan buat homework berkenaan persembahan penyanyi lama contohnya seperti Malam Nada Biru lalu.

“Tengok Datin Paduka Julie Sudiro dan Salamiah Hassan menyanyi macam mana. Kita bukan cakap fasal pitching sahaja tetapi juga tentang jiwa. Semuanya termasuk dalam satu lagu.

“Jadi, kalau anda rasa anda hanya capai mikrofon, nyanyi dan anda fikir orang anggap anda itu penyanyi, tidak boleh. Jangan buat pentas yang saya umpamakan sebuah pentas berprestij seperti pentas anugerah itu macam perkara remeh.

“Anda diberi peluang keemasan untuk duduk di atas pentas yang gah seperti itu di mana satu negara tengok, ambil ia sebagai cabaran. Jangan ingat orang tu semua sanjung anda. Tak semua sebenarnya yang menyanjung.

“Apa yang anda patut cari adalah bukan pujian tetapi orang mengatakan ‘saya puas hati dengan persembahan awak’, itu sahaja. Jangan dahagakan pujian kerana masih ramai lagi orang di luar sana yang berbakat yang mahu berada di atas pentas itu.

“Pada saya, anda kena ada komitmen. Sebab nanti anda sendiri yang malu. Memang anda ada peminat yang sokong dan taksub dengan anda. Jadi jangan mudah berpuas hati sedangkan anda boleh jadi lebih baik supaya orang yang arif dalam bidang ini akan cakap ‘anda sangat bagus’,” jelas Adibah.

Nasihat yang berguna untuk pendatang baru supaya lebih berkualiti dan diingati sepanjang zaman.- CARI Infonet.

sumber:InstaOnline
13

Bagus
18

Marah
32

Terkejut
16

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 11-3-2016 03:30 PM
Well Said Adibah Noor
Quote balakkampung 11-3-2016 03:31 PM
kang ada la bbnu yg kata kak dibah jeles dgn penyanyi baru.tak der maknanya..klu ko bagus..tak kira ko baru atau lama..org tetap kata ko bagus..mcm siti mula2 jadi artis dulu..semua artis lama2 puji dia..even ziana yg tgh top time tu pon welcome siti masuk industri...aku sokong kak dibah..nak nyanyi timba ilmu la dulu..bila dah dibagi peluang..buat betul2
Quote sepitsiput 11-3-2016 03:31 PM
Dalam perkembangan lain, Adibah bakal menjayakan majlis makan malam sempena Minggu Setiausaha The Royale Chulan Kuala Lumpur. Adibah selaku pengacara majlis manakala Datuk Jamal Abdillah dan Misha Omar diundang untuk persembahan.


Ada ke minggu setiausaha buat show memalam? Bukan buat waktu luncheon jah kah? Meols speku reporter ni baru lagi.

Anyway.... Adibah pun dah degrading dr penyanyi jd penyampai radio.... nasihat chuols tu mmg la betul, tp career nyanyian chuols sungguh sedih ya..nasib baik suria.fm sudi ulang2 lagu2 sendu chuols
Quote LadyZuely 11-3-2016 03:43 PM
sepitsiput replied at 11-3-2016 03:31 PM
Ada ke minggu setiausaha buat show memalam? Bukan buat waktu luncheon jah kah? Meols speku repor ...

penyanyi dengan teknikal vokal yang hebat kat mesia ni ssh nak hidup noks
tinge org kite ni suka dgr lagu2 rock2 kapak, yg sedap2 dgr jer mcm lagu KRU
peduli apa kualiti sore..mesin boleh ator, nanyi terok atas pentas boleh buat modal ngutuk
nasib kooo lah nakkk

Quote ramaramu 11-3-2016 03:48 PM
biasa la industri kita.. bakat bukan no 1.. tetapi rupa.. tu pasal kak diba pun x brp nak top!
Quote mommymonster82 11-3-2016 03:50 PM
Kata2 dibah bunyi lebih jujur gitu...

Nasihat kakak kpd adik bunyinya...

Xde bau2 jeles ke apa..
Biasala artis baru yg glamer artis lama bagi nasihat..ada yg nasihat ikhlas ada yg cemburu..mcm tokti jugak awal2 dulu masa tgh meletop...nyanyi dah perfect pon ada gak retis yg xpuas hati ngan dia..
Quote MH37O 11-3-2016 03:52 PM
nasihat orgh? engkau punya suara pun tak sedap...ada hati...

dulu yg menang juara lagu tu pun menang sebab tv3 kesian...ala2 anugerah kesian gituh...yelah,mana tak kesian, dia kan dulu2 byk berbakti/berjasa dgn stesen low kelas tu....

lagu dia yg menang apa ke tajuk tu pun melodi mcm lagu2 kempen je...takde faktor X langsung...
Quote wannoorazlina 11-3-2016 04:18 PM
MH37O replied at 11-3-2016 03:52 PM
nasihat orgh? engkau punya suara pun tak sedap...ada hati...

dulu yg menang juara lagu tu pun men ...

ko ni aku kalau x pekak mungkin ko lemah otak
suara adibah noor sedap kot..
memang diakui ramai

Quote famri7 11-3-2016 04:24 PM
Saya neutral jah konsepnya..sebab audience skrang pon hadap lagu2 terkinja2 humor bagai..so jual jah asalkan boleh makan...unless si budak celahan jebat ittew merogol lagu jiana jen  secara live saya pon pekong tahi kepal jah sis.
Quote MH37O 11-3-2016 04:25 PM
wannoorazlina replied at 11-3-2016 08:18 AM
ko ni aku kalau x pekak mungkin ko lemah otak
suara adibah noor sedap kot..
memang diakui ramai
...

citarasa masing2 kak oii...tp bagi den suara dia mmggggggggggggg tak sedap...sedap lagi suara katak bentong panggil hujan
Quote xtremexfactor 11-3-2016 04:39 PM
BBNU kisah apa nyanyi dengan jiwa, pitching perfect whatsoever
Janji muka kiut, ensem
Quote Puteri19 11-3-2016 04:41 PM
MH37O replied at 11-3-2016 05:25 PM
citarasa masing2 kak oii...tp bagi den suara dia mmggggggggggggg tak sedap...sedap lagi suara kata ...

adibah noor gred brape chuols nk bg?
Quote nenek_lampir 11-3-2016 04:43 PM
nenet suka adibah noor ni.. very telented..
buat iklan masuk sungai pon dia mauu...
dan antara retis educated.
Quote hacks_oren 11-3-2016 04:45 PM
setuju dgn kak dibah...
suara sheols sedap tp sayang... inilah malaysia
Quote miu84 11-3-2016 04:51 PM
Suka dengar bila adibah noor bercakap, tak kira dalam BM atau BI. Bahasa dia tersusun
Quote MH37O 11-3-2016 05:05 PM
Puteri19 replied at 11-3-2016 08:41 AM
adibah noor gred brape chuols nk bg?

entahlah dik non....dah kehabisan gred...katanyaaaaa
Quote munchkin 11-3-2016 06:25 PM
Tlg nasihat jangan nak slang sangat padahal henglish pun ke laut
Quote sepitsiput 11-3-2016 06:43 PM
LadyZuely replied at 11-3-2016 03:43 PM
penyanyi dengan teknikal vokal yang hebat kat mesia ni ssh nak hidup noks
tinge org kite ni suka  ...

Menyanyi bagus saja x cukup chuols..kene bijak marketkan diri & jaga standard... adibah noor sendiri adalah contoh penyanyi bagus yg failed. So sama taraf je dgn penyanyi bbnu yg bermusim skrg...not really for long term career.
Quote sepitsiput 11-3-2016 06:45 PM
mommymonster82 replied at 11-3-2016 03:50 PM
Kata2 dibah bunyi lebih jujur gitu...

Nasihat kakak kpd adik bunyinya...

X setuju dgn chuols... tok ti menyanyi masa umur 16-21 sekadar menyanyi dgn nada yg betul saja...tp penjiwaan sgt kurang sbb sheols pemalu..

Lepas clash dgn zamani & bercinta dgn tok ram baru sheols improved bab penjiwaan.

Karatz tok ti spt @Orix pasti setuju dgn pendapat meols ni.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.097962 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top