CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aneh Tapi Benar: Penguin Lawat Penyelamatnya Setiap Tahun!

10-3-2016 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10070| Komen: 60

Oleh Adib Za

Amat menakjubkan dan juga menyentuh jiwa. Siapa sangka, seekor penguin di Rio De Jeneiro, Brazil yang pernah diselamatkan oleh nelayan, akan kembali menjadi lelaki itu setiap tahun. 


Nelayan itu, Joao Pereire de Saouza, 71 pernah menyelamatkan penguin itu pada tahun 2011 selepas menjumpainya sakit terdampar di atas batu.

Si comel itu kemudiannya dirawat dan kemudian dilepaskan kembali ke laut. Haiwan yang diberi nama Dindim itu akan kembali mencarinya selepas beberapa bulan. 

"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.

"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.

Bayangkan, Dindim akan berenang lebih 5,000 km untuk mencari penyelamatnya itu saban tahun! - CARI Infonet



Baca selanjutnya: Sinar Harian 



24

Bagus
25

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 10-3-2016 07:59 AM


RIO DE  JENEIRO - BRAZIL . Siapa sangka, seekor penguin yang pernah diselamatkan oleh seorang nelayan akan kembali semula "melawat" penyelamatnya itu setiap tahun.

Joao Pereire de Saouza, 71, nelayan dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil menjumpai seekor penguin yang sakit terdampar di atas batu pada tahun 2011.

Penguin yang kelaparan serta dipenuhi minyak itu kemudiannya dirawat oleh Pereire de Saouza sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.

Selepas penguin itu kembali pulih, Pereire de Saouza melepaskan semula ke laut namun dia tidak menyangka haiwan itu kembali semula mencarinya selepas beberapa bulan kejadian tersebut.

Menurut Pereire the Saouza, Dindim tinggal bersamanya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit.

"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.

"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.

Penguin itu dipercayai berenang lebih 5,000 kilometer setiap kali dia kembali kepada warga emas itu.

"Saya menyayangi  penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,' katanya.

Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.

"Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya.

Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.

"Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya," katanya. - SINARHARIAN

p/s moral of the story - jika ko seorg manusia tak menghargai jasa, ko lebih hina dari haiwan !
Quote fifie_olin 10-3-2016 08:02 AM
so sweet...
haiwan pon pndi mengenang budi...
cute pinguin ni ek...kiss2 atok tersebut
Quote CrowneGlory 10-3-2016 08:09 AM
Terus teringat hachiko...jgn atok tu mati nanti dindim pun lost cari dia....sedih
Quote mbhcsf 10-3-2016 08:11 AM
heyyaaa so sweet....

heeeeeeeeeeeee sayang ye....alaaa cute
Quote insulin 10-3-2016 08:16 AM
Awww.....Sweetnya alahai kisah atuk nih dan penguin ini.
Quote zach2008 10-3-2016 08:20 AM
Sebut penguin ni aku teringat penguin lain je... kontras gile dgn penguin yg ini
Quote anno_miss 10-3-2016 08:24 AM
Indahnye perhubungan mereka..
Quote rosa_canina 10-3-2016 08:31 AM
comel sangat

sanggup penguin tu berenang beribu batu
Quote duri_durians 10-3-2016 08:38 AM
haiwan yg takde akal pun tau mengenang budi dan berterima kasih....

Quote mahmoode 10-3-2016 08:44 AM
zach2008 replied at 10-3-2016 08:20 AM
Sebut penguin ni aku teringat penguin lain je... kontras gile dgn penguin yg ini

penguin yang mana satu ni? tapi macam boleh agak je sape dia....
Quote revolusi_30 10-3-2016 08:47 AM
Bod Haiwan lebih sesuai... Or peristiwa dunia

@spiderman80
Quote @pplegreen 10-3-2016 08:53 AM
mengenang budi sungguh penguin ni dgn atok tue yg menyelamatkn dia dulu
Quote tongkatwaran75 10-3-2016 09:01 AM
Paloi-Paloi....Oh si Paloi !  
Quote CrowneGlory 10-3-2016 09:51 AM
zach2008 replied at 10-3-2016 08:20 AM
Sebut penguin ni aku teringat penguin lain je... kontras gile dgn penguin yg ini

Penguin terlalu comel nk disamakan dgn dia...peti ais sudah...
Quote reeny 10-3-2016 09:57 AM
cutenya penguin tu.... cuma terbayang apa akan jadi pada penguin tu kalo atuk nie meninggal..
Quote bluehedgehog 10-3-2016 09:58 AM
revolusi_30 replied at 10-3-2016 08:47 AM
Bod Haiwan lebih sesuai... Or peristiwa dunia

@spiderman80

calling hotline @axl_bach
Quote bluehedgehog 10-3-2016 09:59 AM
reeny replied at 10-3-2016 09:57 AM
cutenya penguin tu.... cuma terbayang apa akan jadi pada penguin tu kalo atuk nie meninggal..

qu rasa penguin ni akan bertolak selangkah dahulu
Quote gula_tebu 10-3-2016 10:14 AM
so cute
Quote Knowlee 10-3-2016 10:14 AM
CrowneGlory replied at 10-3-2016 08:09 AM
Terus teringat hachiko...jgn atok tu mati nanti dindim pun lost cari dia....sedih

Ai pun terfikir yg sama. Atok tu dah tua. Nnt Dindim mesti tercari2 dia bila atok tu meninggal. Sedihnya...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054213 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top