Oleh : Dean BZ
Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said telah mengemukakan 'usul' undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Ekoran tindakan itu beliau disifatkan sebagai 'gila talak' oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said. "Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai isu itu selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, hari ini. Persidangan Dun Terengganu hari ini dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker Dun Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.
"Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya. "Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB," kata Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Azalina berkata, Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu. |
1
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT