Oleh Izzah Abbasy
Tak sempat nak masak? Letih selepas pulang kerja? Ala, janganlah macam begitu. Rajin-rajinlah masak untuk seisi keluarga, banyak manfaatnya kan? Lagi seronok sebenarnya makan di rumah. Ia juga lebih jimat dan tidak membazir. Jom cuba resepi Ayam Lemon Bersama Kentang yang sangat mudah ini. Yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Apalagi, cepat masak! Bahan-bahan
3 sudu minyak zaitun 6 ketul peha ayam 1 biji bawang holand (dihiris kasar) 2 ulas bawang putih (dicincang) 6 biji kentang (dihiris halus) 1 cawan air rebusan ayam ½ epal cider 2 sudu perahan lemon Beberapa batang rosemery Herba thyme Garam & lada hitam Bahan untuk hiasan ½ hirisan keju parmesan 6 – 10 hirisan lemon Cara-cara penyediaan 1) Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana. 2) Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit. 3) Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan. 4) Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk. 5) Mula menggoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit. 6) Masukkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat. 7) Masukkan kentang dan taburkan garam dan lada hitam ke dalamnya. 8) Selepas itu, masukkan air rebusan ayam dan masukkan sedikit epal cider di dalam periuk. 9) Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary. 10) Biarkan sehingga mendidih dan masukkan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi. 11) Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk. 12) Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon. 13) Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
|
17
Bagus |
15
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mokcikKSKB: Mcm x simple je..simple bg aku semua tu campak masuk dlm oven baru simple..
Lagubestbest replied at 8-3-2016 07:35 PM
Teknik atas tu boleh simple jd gini sebenarnya.
1. Perap ayam dengan salt & pepper -- bakar hingga ...
grilledmushroom replied at 14-3-2016 07:47 AM
air rebusan ayam tu guaner nak membuatnya.. rebus ayam dan ambik air rebusannya ke? berapa lama na ...
Chesire_Epilog replied at 14-3-2016 05:16 PM
Dua-dua pun boleh kot, stok ayam tu pun daripada air rebusan ayam gak
grilledmushroom replied at 14-3-2016 07:47 AM
air rebusan ayam tu guaner nak membuatnya.. rebus ayam dan ambik air rebusannya ke? berapa lama na ...
manjalara_01 replied at 8-3-2016 07:50 PM
sila la share resipi tersebut disini....ehehehehe
Lagubestbest replied at 14-3-2016 09:45 PM
Err.. kalo nak buat sendiri pun boleh. Lebih sihat tanpa pengawet.10 ketul tulang2 ayam, atau kaki ...
ADVERTISEMENT