Oleh Adib ZA Siapa yang boleh lawan kebolehan ibu memasak dan menyediakan makanan seisi keluarga. Setuju? Anda mungkin lebih handal bermain teknologi, komputer, Facebook dan Whatsaps, namun ada beberapa perkara lain lagi yang anda tak boleh lawan kehebatan ibu, selain kemahiran memasak.
1. Memikat rakan anda Pelik tak, anda selalu rasa hairan bila rakan terasa obses untuk datang dan bertemu ibu anda. Ini kerana ibu sangat pandai melayan tetamu, kelakar dan suka bercerita. Oleh itu, kawan-kawan pun sukakan teletah ibu anda. 2. Kerja rumah Ibu anda telah menghabiskan lebih 20 tahun buat pelbagai kerja rumah dalam masa yang sama, setiap hari.
Jangan ingat anda yang lebih muda, lebih pandai menyiapkan kerja rumah. Ibu anda boleh memasak kari di dapur sambil 'settle' kain berlambak di laundry room. 3. Menggosok baju Tak tahu nak cakap apa, setiap kali anak dara dan bujang yang menggosok baju, ada sahaja yang tak. Cuba lihat ibu yang menggosok baju, bukan main tajam lagi bucunya! Memang kemas! 4. Masih bekerja semasa sakit Mengaku sahaja, kalau anda sakit mesti merengek sana sini dan tak mahu buat apa-apa. Tapi jika ibu yang sakit demam, dia juga yang ke dapur, kalau tidak tak berasaplah dapur. Betul tak? 5. Tidur dua jam pun cukup Kalau anda tak cukup tidur, mulalah pening sana, sakit sini. Namun, lihatlah ibu anda, walaupun hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja pada waktu malam, namun esoknya tetap segar bugar. - CARI Infonet |
5
Bagus |
20
Marah |
11
Terkejut |
24
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT