Oleh : Dean BZ
Penemuan seekor sotong yang pelik oleh saintis Hawaii menjadi perhatian ramai kerana haiwan itu merupakan spesis baru ditemui. Sotong kurita yang berbentuk seperti hantu Casper itu ditemui di dasar laut di perairan Hawaii baru-baru ini. Sotong berwarna "putih bercahaya" itu ditemui oleh sebuah kapal selam kawalan jauh yang digunakan untuk tujuan penyelidikan. “Haiwan ganjil ini kelihatan tidak pernah ditemui sebelum ini. Jadi, kami perlu melakukan penyelidikan secara terperinci untuk mengenal pasti spesies sotong itu,” kata seorang saintis Pentadbiran Atmosfera dan Oseanik Kebangsaan (NOAA), Michael Vecchione.
Dengan tersebarnya gambar sotong tersebut membuatkan sejumlah pengguna Twitter menyamakan sotong itu dengan watak kartun hantu Casper. Haiwan berkenaan agak aneh kerana hanya mempunyai satu barisan penyedut pada sesungutnya. - CARI Infonet. Sumber - telegraph.co.uk/AFP |
17
Bagus |
20
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
espri6006 replied at 12-3-2016 01:34 PM
emm..BBNU kenal ke kartun Casper ni?
mahalnya replied at 12-3-2016 05:47 PM
set2 kertu ja lah yg kenal
ADVERTISEMENT