Oleh Adib Za Uhuk uhuk! Gatal rasanya anak tekak ini. Sekejap, sekejap rasa nak batuk. Ditambah dengan cuaca panas tak menentu masa ini, ramai yang terkena batuk-batuk. Segera berjumpa dengan doktor agar tak melarat.
Namun, sambil itu anda boleh mencuba petua 'home remedy' yang tak susah pun, untuk mengubati sakit tekak dan batuk ini. Ia boleh melegakan kegatalan tekak, mencairkan kahak dan melegakan pernafasan anda semula. 1. Madu Madu merupakan agen yang paling selalu digunakan sejak dahulu untuk memulihkan sakit tekak. Adanya kajian pada tahun 2007, madu juga sangat berkesan untuk mengubati batuk, malah setanding ubat di klinik!
Campurkan madu dengan teh herba atau hanya dengan air suam dan lemon. Ia sangat melegakan. 2. Nenas Iya, jangan terkejut nenas sangat disyorkan untuk mengubati batuk. Ini kerana ia mengandungi Bromelain, satu enzim yang mengurangkan batuk dan juga mencairkan kahak. Ia juga dikatakan mampu melegakan alahan dan juga sinusitis yang menjadi penyebab batuk serta kahak. Hasilkan jus nenas, dan minum segera. 3. Teh pudina Satu lagi bahan alami yang boleh melegakan batuk ialah daun pudina. Menthol dalam pudina begitu melegakan tekak dan pernafasan dan memecahkan mukus. Sediakan teh pudina tanpa gula, minum ketika masih suam. Sangat melegakan. Selain itu, anda boleh menggunakan minyak pudina yang dicampurkan dengan air panas dan dijadikan stim pada wajah. Selamat mencuba ya! - CARI Infonet |
16
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT