Oleh Adib Za Drama bersiri Memori Cinta Suraya (MCS) melakar sejarah yang tersendiri apabila ia bakal ditayangkan di Indonesia bulan ini.
Drama adaptasi siri popular Mexico, A Love To Remember itu dilaporkan merupakan satu-satunya drama bersiri tempatan yang berjaya menembusi pasaran Indonesia setakat ini. “Kami bangga dengan pencapaian MCS yang berjaya membuka mata stesen TV Indonesia. MCS ditayangkan dalam slot sinetron dan dialih suara ke dalam bahasa Indonesia. “Lebih memberangsangkan ada permintaan MCS dipasarkan di 20 negara termasuk Amerika Latin dan Timur Tengah. Diharap drama ini membuka peluang kepada pelakon kita dikenali di peringkat antarabangsa,” kata Penerbit Eksekutif Global Station, Zetty Alia Ramly. Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Miera Liyana dan Afiz Muiz. Tahniah diucapkan! - CARI Infonet
Baca selanjutnya: Harian Metro |
barfi replied at 3-3-2016 07:59 PM
Motif kena alih suara ??
Sinetron depa elokkk ja kita tak alih suara.
Orix replied at 3-3-2016 08:17 PM
Iols koser tgok cite ni.. ala2 sineron sgat.. tp ost yg tokti nyanyi tu sedap wokeh.. eh bukan dlu n ...
eely_shana replied at 3-3-2016 08:13 PM
Tahniah Kerana berjaya tembusi pasaran indonesia. Ok la pelakon2 citer ni. Kalau watak jahat tu menj ...
ice_sky92 replied at 3-3-2016 09:02 PM
A'ah. Watak Samsiah dalam ni jahat gila....
zizadin replied at 3-3-2016 08:38 PM
Aku x suka drama ni sebab:
Make up pelakon berlebih2 sangat..
ADVERTISEMENT