Oleh Adib Za Hish! Geram betul bila badan digigit nyamuk. Bukan sahaja gatal-gatal, tapi takut pula terkena penyakit denggi. Sebenarnya ada cara untuk menghalau nyamuk secara semula jadi, agar tidak mendekati kita meskipun tanpa ubat nyamuk.
1. Minyak tea tree Ia memang baik untuk kulit wajah dan juga kulit kepala kerana fungsi anti bakterianya. Namun, minyak ini juga boleh menghalau nyamuk jauh-jauh. Bau yang terdapat pada minyak ini membuatkan nyamuk tak senang duduk dan mengelak daripada menggigit kulit anda. Anda boleh sapukan pada kulit atau jadikan ia sebagai aromaterapi dalam bilik.
2. Bawang putih Terbukti bawang putih mampu membunuh nyamuk dan menghalang penyakit yang dibawa oleh serangga ini. Baunya membuatkan nyamuk tak mahu dekat dengan bilik anda. Hanya ketuk beberapa ulas bawang putih. Kemudian rebus ia dan bila sejuk, jadikan air rebusan tadi sebagai 'spray'. Sembur bilik anda agar nyamuk cepat-cepat lari! 3. Lavender Bauan lavender memang menenangkan, bukan? Namun, nyamuk cukup benci dengan bau wangi itu. Hanya campurkan beberapa titis minyak essential lavender ke dalam minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian, sapukan pada kulit anda. Pastinya nyamuk tak mahu hinggap pun pada kulit. Menarik kan? Selamat mencuba ya! - CARI Infonet |
10
Bagus |
9
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saladin780 replied at 4-3-2016 01:32 AM
x busuk ke sembur air bawang putih tu?
saladin780 replied at 4-3-2016 01:32 AM
x busuk ke sembur air bawang putih tu?
GhostWalking replied at 4-3-2016 01:05 PM
nak busuk ke nak nyamuk
saladin780 replied at 4-3-2016 06:55 AM
Amboi hadek ghost sampai 2 kali ko post iyerrr
ADVERTISEMENT