Oleh Izzah Abbasy
Sehingga ke hari ini netizen masih memuji-muji gaun pengantin yang dipakai ketika majlis resepsi pelakon jelita Anzalna Nasir dan suami Hanif Zaki di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, 28 Februari 2016.
Digelarkan Wedding Of The Year dan Barbie Doll Malaysia, gaun pengantin yang direka khas dengan sentuhan oleh Teuku Putra Aziz dariapda The Cosry telah mendapat pujian ramai.
Sangat cantik, sopan dan persis puteri milik empunya badan Anzalna Nasir dengan tema British Royal dan Fairytale.
Mengilhamkan gaun pengantinnya daripada watak Barbie Mariposa, seri pengantin Anzalna dan Hanif jelas terpancar. The Cosry betul-betul telah merealisasikan permintaan dan impian Anzalna. Syabas buat pereka fesyen, Teuku Putra Aziz!
Semoga Anzalna dan suami terus berbahagia sehingga ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh serta solehah. - CARI Infonet
Kredit Foto : Instagram Anzalna Nasir
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|