Oleh Adib ZA Lelaki dan legging boleh diibaratkan seperti langit dan bumi! Memang sangat sukar digabungkan apatah lagi dijadikan teman setia.
Ramai yang menganggap legging adalah pakaian untuk wanita, oleh lelaki yang memakai legging dianggap sebagai pondan? Namun, jangan terkejut pada masa akan datang semakin ramai lelaki yang selesa bergaya dengan legging. Pada masa ini pun, sebilangan lelaki yang 'daring' telah mula menggayakan 'seluar ketat' persis Spiderman ini. Dalam satu video yang diterbitkan oleh Buzzfeed ini, menunjukkan reaksi beberapa orang lelaki yang pertama kali mencuba legging. Mereka ditanya persepsi terhadap pakaian itu dan juga perasaan bila menggayakan. Mengejutkan, mereka ini sangat selesa mengenakan legging dan tak perlukan lagi seluar jeans!
Jom lihat video di bawah! - CARI Infonet |
ladybird_: nak pakai, pakai jelahh..xpyhla gosok2 tuttt... eeeegeli plak nengok..tp kalau mens pkai tight xpe
ADVERTISEMENT