CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mak Tak Pernah Balas Pun? Mak Ada Masalah Ke?" -Surat Salah Alamat

2-3-2016 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 10904| Komen: 57

Description: Sayu hati bila baca dan bertambah sayu apabila mengetahui surat ini tak sampai kepada ibunya....


Oleh Fyruz Hanna

Simpati dengan surat yang sering salah dan dihantar ke rumahnya, Atien Farhana memuatnaik foto surat terbabit di laman Facebook.

Bersama beberapah foto yang dimuatnaik, disertakan kapsyen kepada sesiapa yang mengenali emak budak ini tolonglah, kesian budak ini rindu sangat kepada maknya, posmen dah berapa kali hantar surat budak ini ke alamat rumah saya, saya sudah tidak tahu hendak buat apa, tolonglah share,”.

Hasil penelitian surat ini dikirim dari Sekolah Hensry Gurney Telok mas, Melaka berdasarkan cop sekolah pada alamat tersebut.




Assalamualaikum, 

kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya..Amin.. 

Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah. 

Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin.

Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak? 

Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.

Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik.

Mak, abah macam mana? Adik rindu sangat pada abah. Abah rindu tak pada adik? Entah-entah abah tak ingat siapa dah adik ini kan?

Mak, adik minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik harap abah maafkan adik. Mak, Kak Ida macam mana? Adik rindu sangat pada dia. Kirim salam pada Kak Ida tau. 

Adik Husna pula macam mana? Sihat tak? Bahagia tak? tentulah bahagia kan? 

Mak, sampai sini saja yang adik dapat tulis untuk mak. Lain kali adik tulis surat lagi. Mak jangan lupa pos gambar dan hantar surat pada adik tau. Adik tunggu tau. 

Mak, kirim salam pada semua **********adik tau. Terimalah peluk cium dari a****. I love you family

9 Bulan Lagi



Sayu hati bila baca dan bertambah sayu apabila mengetahui surat ini tak sampai kepada ibunya. Diharap dengan panjangnya perkongsian ini ada yang mengenali ibu kepada kanak-kanak ini. -CARI Infonet.

Sumber:  Atien Farhana
16

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 2-3-2016 12:39 PM
Quote kikuri 2-3-2016 12:45 PM
semoga adik ni dapat alamat rumah yang betul lepas ni
Quote awanearisu 2-3-2016 12:48 PM
Quote chinta89 2-3-2016 12:49 PM
oiii.... basah mata!
Quote prettyuglybabe 2-3-2016 12:53 PM
kenapa surat beliau koyak-koyak?
semoga mereka berjaya mengesan mak adik ni..
Quote woddy 2-3-2016 12:54 PM
basah bantal woi....huuhuhuhuh..
Quote epis 2-3-2016 12:55 PM
dah nak lunch hour ni baca lak benang sedih camni,    

boleh la cover air mata ni cakap menguap tadi ngantuk sgt.... huhu...
Quote sempeneh 2-3-2016 01:05 PM
bertabahlah dik
Quote honeybee1802 2-3-2016 01:05 PM
Sedihnya...harap adik dpt jumpa mak n nerubah pada kebaikan...bagus la adik dah sedar kesalahan adik...kalau kene buli adik sabar je la ye..waaa..
Quote lampor 2-3-2016 01:06 PM
pening baca surat dia.... ayat berulang2. tak pandai guna koma ke? atau ayat dan ke
Quote missDollie 2-3-2016 01:08 PM
Giler sedih..mana La mak ngko dikkk..apsal La pindah tak kabo..bebudak yang masuk skolah Henry gurney, tunas bakti ni memang La jahat/nakal tapi ada sisi baiknye..
Quote barfi 2-3-2016 01:15 PM
Sebak giloooo
Quote antidote 2-3-2016 01:45 PM
bagus lah kalau dah insap budak ni.. sian dia masuk henry gurney mesti ghindu sgt dia kat family..
tulah dulu buas sgt ni sampai alamat umah pun sendiri leh lupa ni.
Quote purple_leo 2-3-2016 01:56 PM
huaaaa.....budak ni mmg x tau alamat rumah ke ape...kesiannyer...mst die rindu sngt ngan mak die...
Quote watie_na 2-3-2016 02:11 PM
kalau dia return balik surat tu pun tak pe. at least budak tu tau dia hantar surat kat alamat yg salah

Quote krustykrab 2-3-2016 02:32 PM
kesiannya...berapa la umo adik ni, dgn tulisannya , gaya bahasanya, teruk benor...rasa kat henry gurney pun diorg kna masuk kelas akademik mcm biasa kan...

takkan la kat henry gurney tu tak simpan address sebenor adik ni...sok ni dah kuar kalau address pun x tau, nak tuju ke mana?
Quote MizzAPI 2-3-2016 02:40 PM
sedihnya...
Quote fire_place 2-3-2016 02:53 PM
Kesianya adik ni.
Moga lps ni kau berada dlm Jalan lurus
Dan di bawah keredhaan-Nya
Quote UsuFie 2-3-2016 03:12 PM

kesiannya..semoga dipertemukan semula dgn ibu dan ahli keluarganya.
perasaan rindu adik ni dah tak terbendung...  

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069259 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top