Klang: Berang akibat barang yang dicari gagal ditemui, seorang wanita bertindak mencederakan ibu mentua dan suaminya menggunakan sudip dalam kejadian yang di sebuah Kondominium Bandar Baru Klang, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu, mangsa, Lim Kae Poy, 67 datang ke rumah menantunya bersama dua cucu untuk mengambil buku sekolah yang tertinggal di rumah berkenaan. Bagaimanapun, suspek tiba-tiba menuduh saya mencuri barangan sembahyang di rumahnya sebelum membaling objek ke arah saya. Ketika cuba menyelamatkan cucu saya daripada turut terkena balingan objek, menantu saya menarik baju saya dan mengetuk kepala saya berulang kali dengan sudip sehingga berdarah. Kepala anak lelaki saya (suami suspek) turut diketuk hingga berdarah ketika dia cuba meleraikan pertelagahan antara saya dan menantu yang kelihatan seperti hilang akal, katanya pada sidang akhbar di Taman Orkid, di sini semalam. Kae Poy berkata, sejurus kejadian itu, anak lelakinya, Liew Pang, 37, membawa mereka ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Klang.
|
Kepala anak lelaki saya (suami suspek) turut diketuk hingga berdarah ketika dia cuba meleraikan pertelagahan antara saya dan menantu yang kelihatan seperti hilang akal,
Kepala anak lelaki saya (suami suspek) turut diketuk hingga berdarah ketika dia cuba meleraikan pertelagahan
ADVERTISEMENT