Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), jenama barangan terkenal dengan nilai warisan yang kukuh dalam menghasilkan produk minuman dan makanan berkualiti tinggi serta halal di Malaysia lebih daripada 50 tahun, menganugerahkan Teh Chun Yen dan pasukannya sebagai pemenang tempat pertama bagi peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ sewaktu di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ruang, Subang Jaya pada 25 Februari 2016.
Teh Chun Yen telah membawa pulang hadiah wang tunai
berjumlah RM 25,000 dan juga produk Yeo’s
untuk video pertaruhannya yang berjudul ‘Xie Xie’. Pemenang itu berkata bahawa
dia telah dibesarkan dengan produk Yeo’s
dan idea video ‘Xie Xie’ berasal daripada situasi sewaktu masa kecilnya. Teh
berterima kasih kepada Yeo’s kerana
memberi peluang untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni visual. ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ yang berslogan “I am Malaysian, We love our country… What’s your story?” telah menyediakan satu landasan yang sesuai kepada bakat-bakat kreatif dan inovatif untuk memaparkan kemahiran mereka dalam meluahkan perasaan, juga kisah-kisah kecintaan mereka terhadap Malaysia melalui penghasilan video patriotik.
‘Yeo’s,
I Love Malaysia Video Contest’ mendapat sambutan
penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai. Setiap penyertaan
adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kebolehan dalam meluahkan semangat
mencintai tanah air melalui video berdurasi 60 saat dinilai oleh tiga juri
arif, iaitu Naib Presiden Yeo’s Malaysia dan Indonesia, Encik Ong Chay Seng,
Naib Presiden Pertama Pemasaran, Mr Vincent Chui, Pengarah filem Malaysia yang
terkenal En Osman Ali, dan Encik Dick Chua. “Sesetengah topik yang disampaikan adalah sangat tulen dan berinspirasi tinggi. Ini menunjukkan bahawa peserta berfikir di luar kotak. Video hasil anak tempatan ini sangat menarik dan mempunyai nilai kreativiti yang tinggi daripada peserta-peserta.” ulas En Osman Ali.
Manakala, Mr Dick Chua, salah seorang juri berkata,
“Saya sangat kagum dengan sesetengah konsep dan jalan cerita yang dihasilkan
oleh peserta melalui peraduan ini. Kebanyakan video adalah terperinci dari
sudut pengambaraan dan juga suntingan. Terdapat video yang bagus walaupun
dirakam dengan peralatan yang terhad, tetapi plot cerita yang disampaikan
ternyata fenomena.”
Semasa majlis penyampaian hadiah, Yeo’s telah menyampaikan hadiah-hadiah yang sangat menarik kepada pemenang-pemenang. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Untuk menonton video para peserta peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’, Yeo’s mengajak orang ramai untuk ‘like’ dan mengikuti kesemua saluran rasmi sosial ‘Yeo’s Malaysia’ melalui Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram atau laman utama peraduan ini di www.yeos.com.my/ilovemalaysia-videocontest.
|
8
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT