Oleh : Dean BZ
Bermacam cara yang dilakukan untuk menghilangkan bulu ketiak antaranya dengan kaedah mencukur, mencabut atau menggunakan krim penghilang bulu. Namun tahukah anda mencabut bulu ketiak akan mengakibatkan kesan berbahaya pada kulit ketiak dan kesihatan anda. Bulu yang terlalu lebat dan sering tumbuh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dikalangan wanita apabila berada ditempat umum. Golongan wanita juga akan merasa malu jika memiliki bulu ketiak panjang dan lebat lebih-lebih lagi jika dilihat oleh golongan lelaki. Oleh kerana dengan kaedah menggunting bulu ketiak lebih mempercepatkan lagi pertumbuhan bulu berbanding kaedah mencabut, maka ramai wanita memilih kaedah mencukur atau mencabut untuk melambatkan proses pertumbuhan bulu ketiak.
Menurut Dr. Therese Bevers, mencukur atau mencabut bulu ketiak dapat mengakibatkan terjadinya luka kecil pada pori-pori ketiak. Pori-pori ketiak akan semakin membesar dan ketika anda sering menggunakan deodorant yang juga mengandungi bahan kimia, kimia tersebut sangat mudah menyerap ke kulit. Hal ini membuatkan toksin akan tertumpu di sekitar payudara dan seterusnya boleh mengakibatkan kanser. Dr. Therese juga menyatakan bahawa bulu ketiak sebenarnya berguna untuk melindungi ketiak dari toksin yang berada di bahagian ketiak. Untuk maklumat, ketiak mempunyai kelenjar limfa yang memudahkan pemindahan toksin masuk ke payudara dan organ-organ lain. Jika anda sering mencabut atau mencukur bulu ketiak, eloklah gunakan kaedah menggunting supaya tidak melukai kulit ketiak. Namun jangan sesekali membiarkan bulu ketiak anda tumbuh terbiar kerana selain memghasilkan bau kurang senang, kuman juga akan membiak dengan cepat. Sebarkan pada keluarga, kenalan mahupun teman wanita sebelum terlambat. Ubah sekarang! - CARI Infonet. Sumber : kesehatanwanita.web
|
13
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kak.Nah.Bosan replied at 26-2-2016 04:39 PM
kak nah bakar je dik.. habis cerita
ADVERTISEMENT