Oleh : TS LOO Apabila bercakap pasal jabatan kerajaan, lazimnya rakyat Malaysia akan memberi komen yang berunsur negatif seperti ' kena tunggu lama' , 'kualiti perkhidmatan yang kurang mesra dan banyak lagi.
Tetapi, baru-baru ini tersebar luas beberapa gambar di dalam laman sosial Facebook yang menunjukkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) secara khususnya keluar dari kaunter kerjanya dan mencangkungkan dirinya di tepi sebuah kereta milik seorang wanita yang kurang upaya semata-mata untuk memberi khidmat kepada wanita berkenaan. Tindakan murni pegawai JPJ tersebut menerima pujian di kalangan netizen. Seorang netizen bernama Lim Tang Sin dalam laman facebooknya memberitahu, pagi Rabu lalu, dia membawa kawannya yang merupakan seorang OKU ke pejabat JPJ yang bertempat di Batu Uban, Pulau Pinang untuk menjalankan urusan penukaran nama hak milik kereta.
" Disebabkan kawan saya mengalami masalah pergerakan di bahagian kaki, setelah berbincang dengan pegawai JPJ yang bertugas, salah seorang pegawai yang bernama Suhaidah menyuruh saya memandu kereta ke depan pintu masuk lobi, lepas itu dia berjalan keluar untuk membantu kawan saya menguruskan penukaran hak milik kereta di tepi kereta saya." Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, jelas kelihatan Suhaidah menjalankan tugasnya secara mencangkung sepanjang masa. Lim Tang Sin turut beritahu, walaupun Suhaidah gagal dalam usaha meletakkan cap ibu jari kawannya setelah cuba banyak kali tetapi dia masih dengan penuh kesabaran dan bersifat mesra sambil berulang kali cuba sehingga berjaya melakukannya, keseluruhan proses itu mengambil masa kira-kira 20 minit. " Atas persetujuan Suhaidah, saya mengambil gambarnya ketika membantu kawan saya dan sengaja saya memuatnaik dalam laman facebook agar dapat menarik perhatian orang ramai terhadap khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawai JPJ berkenaan. Pastinya berharap juga semua pegawai di jabatan kerajaan seluruh negara dapat mencontohi kesanggupan Suhaidah dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik. Pada masa yang sama juga dapat mengubah persepsi negatif bagi kebanyakan rakyat negara ini terhadap jabatan kerajaan. Lim Tang Sin dalam penghujung catatannya mengatakan : " sebelum kami beredar dari pejabat JPJ itu, pegawai di kaunter memberikan saya dua nombor talian 04-6564131/ 04-6564151, dan memesan pada saya, lain hari sekiranya ada sesiapa yang merupakan warga kurang upaya yang ingin berurusan dengan JPJ, bolehlah menghubungi mereka. Pihaknya akan menghantar pasukan khidmat JPJ secara bergerak akan datang ke rumah individu berkenaan untuk membantu menguruskan apa saja berkaitan dengan urusan JPJ." Catatan yang dimuat naik itu menerima hampir 3000 orang memberikan 'like' dalam masa hanya dua hari sahaja, rata-rata orang memuji dan memberi pengahrgaan yang tinggi ke atas perkhidmatan yang dilakukan oleh Suhaidah.- CARI Infonet |
3
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
qronaldo7: aku setuju org camni diberi ganjaran setimpal.yg kurg produktiviti mohon dipertimbangkan pencen awal
ms_furby replied at 26-2-2016 04:15 AM
dia lupa pakai kasut tutup..huhu..uniform cantik dah..
manjalara_01: kalau berita yg baik2...sendu je thread...cer kalau topik masalah sosial....ahahhaa...
ADVERTISEMENT