CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Cari Yang Sempurna, Cukuplah Seseorang Yang Setia Sampai Bila-Bila” – Bella Astillah

19-8-2026 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 700| Komen: 8

 



Tarikh penikahan pelakon dan penyayi Bella Astillah dengan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya diumumkan pada 10 Oktober depan.

Lebih indah, majlis penikahan pasangan itu akan diadakan di bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan yang sama.

“Nikah pada 10 Oktober dan sanding di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan sama. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menara Merdeka 118 kerana beri keizinan untuk kami bernikah di sana. Ini akan menjadi majlis pernikahan pertama yang diadakan di Tingkat 118,” katanya.

Sementara itu, Saddiq berkata setiap orang mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan, namun Bella berkata dia tidak mencari yang sempurna tetapi cukuplah setia.

“Setiap orang sering mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan,” kata Saddiq.

“Saya tidak mencari yang sempurna… Cukuplah seseorang yang setia, sampai bila-bila,” balas Bella.

Sumber: Sinar Plus


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 19-8-2026 04:29 PM
love sesangatttttttttt!
Quote MeowPARSI 19-8-2026 04:32 PM
Selamat menempuh gerbang perkahwinan yang dipenuhi mawaddah (cinta), rahmah (kasih sayang) dan sakinah (ketenangan)
Quote jelitayu 19-8-2026 05:20 PM
Disebabkan niat nak buat benda baik, nak mendirikan masjid, nak menghalalkan yg haram..maka didoakan semoga sampailah jodoh mereka, dan berkekalan dengan aman damai sehingga ke jannah. Tahniah.
Quote cempakaa 19-8-2026 05:20 PM
Tahniah bass
Quote lanacondor 19-8-2026 09:28 PM
Tahniah.. Selamat pengantin baru..
Quote hmmlantakko 20-8-2026 12:08 AM
ku igtkan bellahanat nk jwb: sy tak sempurna. rupanya sy tak cari kesempurnaan. mcm x sedar diri je. ss tu lbh sempurna dr kau lah pilakkk. hmmm pilak pilak. dh jdh kan. tp ttplah pilak.com [em:3:]
Quote doubleA 20-8-2026 01:15 AM
Dah dapat yb helok pun masih tak move on dari ex kah nabelah? Hati hitam iols rasa sheols masih tak move on dari alep. Motif highlight nak setia bagai macam ko tak tau betapa yb obses kat ko sampai tak kisah segala history berhingus red riding hood bagai? Bersyukur lah ada yb muda nakkan ko, udah2 la menunggang nama ex
Quote KamikuP 20-8-2026 04:30 PM
Tahniah BASS..

Kat sini ramai acik pors yg memuja BASS.. jemput masuk :

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5547698&page=58&extra=#pid157659713

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.190056 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top