CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sis, Elakkan Mesej Seperti Ini Bila Putus Cinta

22-2-2016 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5515| Komen: 17

Oleh Izzah Abbasy

Sakitnya rasa bila putus cinta. Tapi apakan daya, benda yang sudah berlalu tak boleh dikenang semula. Perlu 'move on' orang cakap. Siapalah tak rasa rindu dan sunyi selepas putus cinta kan?

Tapi, perlu ke kita kembali semula mencari orang yang kita sayang selepas putus cinta? Tapi, perlu diingat, kalau masih ada rasa sayang, kenapa perlu putuskan hubungan? Dan kalau putus kenapa nak kena jiwa kacau pula? Buat apa nak layan perasaan kan?

Bila dah putus cinta, wajib ikut dan elakkan mesej seperti ini.

1) “I miss you”

Mungkin anda akan rasa kehilangan dan rindu si dia tapi ingatlah perkara ini normal apabila baru lepas putus cinta. Anda mungkin belum bersedia untuk kehilangan dia dan masih mengharapkan si dia lagi. Bila anda rindukan si dia, elakkan hantar mesej “I Miss You”, silap hari bulan anda juga yang sedih sebab dia tak layan pun! Lebih baik anda buat sesuatu untuk sibukkan hari-hari yang mendatang sekaligus tak ada masa nak fikir pasal dia.



2) “I minta maaf”

Sebelum hantar mesej sebegitu, pastikan yang anda dah fikir baik-baik apa yang tengah berlaku antara anda berdua. Jangan disebabkan anda takut rasa sunyi kemudian anda minta maaf sebab nak kan hubungan tu balik. Benda dah lepas, biarkan lepas. Walaupun anda sedar apa yang terjadi itu disebabkan kesilapan anda sendiri. Berilah masa untuk dua-dua hati reda dahulu.

3) Lirik lagu

Kadang-kadang lirik lagu mainkan perasaan juga! Dan-dan je lirik tu macam ‘kena’ dengan situasi anda kan? Haa nanti mula lah hantar lirik lagu dekat si dia dengan harapan dia boleh faham apa yang anda rasa 'time' tu.

4) One word message

Perkataan seperti hey, hello sebenarnya ada 1001 rasa tersirat dan tersurat! Tak tahu macam mana nak pilih kata yang paling tepat untuk nak test respon si dia kan?

5) Ungkapan kemarahan

Ada setengah orang suka nak ungkitkan semua masalah dengan kemarahan. Hubungan cinta anda berakhir dengan putus cinta, yang sepatutnya tak perlu nak perbesarkan lagi. Bila anda mesje marah-marah dekat dia, anda hanya mengeruhkan lagi hal tu. Siapa yang penat? Siapa yang sakit hati? Anda juga!

6) “Thinking of you …”

Dah kenapa nak malukan diri sendiri dengan tulis ‘thinking of you’? Kawal perasaan anda, walaupun rindu pada si dia tapi jangan lah sampai nak hantar mesej seperti itu! Tak perlu dan jangan tanya sebab apa.

7) “I nak ucap selamat tinggal”

Bila sudah putus cinta, maksudnya hubungan anda dan si dia dah 'game over'! Tak perlu nak hantar mesej ucapkan selamat tinggal pada si dia. Just go! Chin up ladies! Hehehe.  - CARI Infonet



Kredit : Suria.fm

9

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 22-2-2016 02:22 PM
hmm. putus cinta jd kwn la
Quote Minami2013 22-2-2016 02:57 PM
No 7 tu bukan as a closure... say goodbye utk end up the relationship instead of tergantung?

Emmm, unless dah ckp its over pas tu after 1 week baru cakap goodbye mmg tk payah la kot...
Quote eileen80 22-2-2016 06:37 PM
erm... pnh terima sume msg di atas...
putus cinta akibat slh phm & nak menguji, tibe2 rs t'cabar lalu nak puaskan hati, putus hbgan...
bangga & puas cume beberape jam. pastu rs menyesal & kehilangan. sdhnye si die memujuk dgn m'hantar sume msg di atas...
stlh melalui satu sesi luahan perasaan yg pjg, amik keputusan sambung semula & br sedar kemanisan perasaan slps tu...
Quote CARI-IIN 22-2-2016 07:01 PM
eileen80: erm... pnh terima sume msg di atas...putus cinta akibat slh phm & nak menguji, tibe2 rs t'cabar lalu nak puaskan hati, putus hbgan...bangga & puas ...


alaa sweetnya...
Quote CARI-IIN 22-2-2016 07:01 PM
qronaldo7: hmm. putus cinta jd kwn la


yg ni susah.. tp ada je yg boleh
Quote CARI-IIN 22-2-2016 07:03 PM
Minami2013: No 7 tu bukan as a closure... say goodbye utk end up the relationship instead of tergantung?Emmm, unless dah ckp its over pas tu after 1 week baru cak ...


tu tandanya sunyi.. saje test kot kan.. hehehe mana tahu dpt berbaik semula ke
Quote mbhcsf 22-2-2016 08:34 PM
just say - assalamualaikum and maaf zahir batin

kan?
Quote swayne 23-2-2016 12:27 AM
Hmmm i ada kawan takut sangat putus sebab sunyi. Dok biar lahh diri sendiri tu macam dipijak pijak
Quote ThuLE 23-2-2016 09:16 AM
agreed...

tambah satu lagi..

8) elak hantar balik barang pemberian/gift/gambar bersama etc...
Quote shuk_one 23-2-2016 10:27 AM
i've done all that...zaman muda2 dulu,
kalau I x buat dia akan buat... kelakar,
sekarang zaman tua, masing2 bawak hala tuju masing2 dah tak de mesej ngada2 macam tu...
putus terus
Quote niena90 23-2-2016 10:40 AM
Pernah cakap i miss you..hurmm..tapi dia x i miss you balik
Quote mizkajura 23-2-2016 11:02 AM
move on la. chin up !!!!
Quote estrelle 23-2-2016 11:51 AM
Pas putus terus senyap dah.kosser laa nak terhegeh2..cepat2 move on n cari lain
Quote devilito2 23-2-2016 02:37 PM
move on jer....
Quote princessjay 23-2-2016 03:10 PM
Pernh buat semuekt ats tu. Yes bile baru ptus mmg rase sedih sgt, susah nk move on.. meroyan jap, then bru ok.
Quote fantasy_gurl 24-2-2016 01:52 PM
Semua tu iols penah wat... biasalah br lps putus ssh nak terima kenyataan hahaha... but after a month dah leh lupakan kekdahnyer... move on.
Quote coffeecoke 25-2-2016 01:37 AM
akan ambil masa agak lama utk move on kecuali jumpa yg lain..sekejap je xkan ade rasa ape2 pn dgn yg lama.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.154220 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top