CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarat jadi guru: Perlu aktif ko-kurikulum

11-7-2013 04:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2282| Komen: 12

KUALA LUMPUR - Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum perlu diberi penekanan kepada mereka yang ingin menceburi profesion perguruan bagi meningkatkan taraf profesion itu yang semakin mencabar selain syarat baru  kelulusan akademik bermula tahun ini.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata sehubungan itu, Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian kepada kegiatan kokurikulum selain kecemerlangan akademik.

"Kita tidak mahu melihat dari segi intelek sahaja, kokurikulum juga satu aspek yang perlu diberi penekanan, guru-guru ini juga sekiranya mereka ditempatkan opsyen Matematik, maka Matematiknya juga mesti A di dalam SPM," katanya kepada Bernama di sini.

Pada Isnin lepas, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai kerjaya itu.

Bagaimanapun, kelonggaran minimum 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Ketika ini, syarat asas ialah mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

Mohamed Sabri berkata kementerian juga perlu menawarkan gaji yang lebih tinggi dan kemudahan lain seperti perumahan kepada guru yang berkelulusan cemerlang.

"Kalau nak ambil guru yang berkelulusan baik, kebajikan mereka juga perlu dijaga, sekolah ini sampai kawasan pedalaman pun ada, pulau pun ada, ia tidak sama dengan doktor, sebab itu ada elaun pedalaman, mungkin elaun tambahan yang lain perlu diadakan juga," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar para pelajar yang mendapat 7A atau 5A diberi surat tawaran sama ada bersetuju atau tidak untuk menjadi guru tanpa perlu memohon.

"Saya cadangkan kepada kementerian, mereka ini tidak perlu memohon, kementerian jelaskan sama ada mereka ingin menjadi guru atau tidak dan ceritakan manfaat yang bakal dinikmati, kalau mereka setuju boleh ditemu duga, swasta banyak yang buat macam ini," katanya.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata langkah itu sangat dialu-alukan kerana di negara maju, guru yang diperlukan adalah dari kalangan yang terbaik dari segi kelulusan, kelayakan akademik, keperibadian dan tingkah laku.

"Ini kerana mereka nak mengajar, sudah tentu harus mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak, syarat minimum 5A bagi Sabah dan Sarawak pula adalah tepat kerana kita perlukan ramai guru yang datang dari sana," katanya.

Bekas ketua pengarah pelajaran itu berkata sudah sampai masanya untuk meningkatkan kelayakan kepada lepasan SPM yang ingin menjadi guru kerana ia sekaligus dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara ini. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote benzo33 11-7-2013 02:11 PM
Jadi guru ni bukan setakat kena cemerlang...minat dan aktif tu pun paling utama juga...kalau boleh kena serba serbi mahir, baik bidang sukan, unit beruniform, kesenian.
Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 02:13 PM
kena aktif mengulum baru boleh jadi cikgu... sistem pendidikan negara makin jahanam sejak wak yidin proksi TUN ni betonggok dalam kabinet...
Quote wabisuke 11-7-2013 02:24 PM
ada 1 lg nie kes yg jd cikgu guna kabel pun kne gak dihapuskan.rosak nak murid dpt cikgu guna kabel
Quote lizaliza 11-7-2013 02:27 PM
kesian anak sedara..dapat 9A tak dapat untuk join tesl
Quote gaara_X 11-7-2013 02:36 PM
sepatutnya bukan gutu je...semua bidang laaa
Quote al-tapahi87 12-7-2013 09:40 AM
sejak muhyidin jd menteri hancur dah Kementerian Pendidikan ni...dgn PBS yg mengarut , xde ujian lgsg kat budak2, budak2 jd xde motivasi nak belajar...cikgu jadi stres nk ngisi on9 kejadah semua ni...

Muhyidin memang bodo.
Quote craduza 12-7-2013 09:49 AM
dan guru2 yang betul2 bermasalah silalah ketepikan dengan cepat.....carilah mekanisme yg membolehkan mereka2 ini dikeluarkan dari sekolah, bukan sekadar tukar2 mereka2 ni ke sekolah lain...
Quote neeria 12-7-2013 11:03 AM
guru lagi....
Quote batman_2007 12-7-2013 11:08 AM
Guru2 lgbt sila tampil membri komen sedas dua...
Quote matamata 12-7-2013 11:09 AM
baguslah....
Quote solstice 12-7-2013 11:10 AM
Elok sangat lah
In future kurang sikit guru2 jahanam yg hanya tahun dok komplen itu ini
Soh wat aktiviti koku pon dok mengeluh jadi isu negara
Quote solstice 12-7-2013 11:11 AM
craduza posted on 12-7-2013 09:49 AM
dan guru2 yang betul2 bermasalah silalah ketepikan dengan cepat.....carilah mekanisme yg membolehkan ...

Elok sangat pecat cikgu2 pemalas & bermasalah ni
Menjahanamkan anak bangsa jer

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.300786 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top