Oleh Izzah Abbasy
Pasti menjadi tanda tanya apabila rumput kering boleh muncul di hadapan rumah dan menutupi pandangan sedangkan kita sendiri tidak menanam rumput serta tiada pula rumput yang tumbuh di situ. Bukannya sekali, tetapi berulang kali. Kejadian ini berlaku di Sydney apabila ‘Tumbleweed’ atau rumput kering yang bergolek menyebabkan bandar Wangaratta, utara Victoria di Australia, hampir lumpuh apabila memenuhi laman rumah hingga menenggelamkan kereta serta menyebabkan pintu tidak boleh dibuka. Kejadian ‘serangan’ rumput kering bergolek itu bukan perkara baru kepada mereka kerana ia berlaku setiap tahun ketika musim panas namun kali ini agak luar biasa kerana jumlah rumput itu terlalu banyak memenuhi laman depan dan belakang serta jalan hingga menenggelami kereta. Penduduk bandar yang terletak 250 kilometer dari Melbourne itu menghabiskan berjam-jam membersihkan rumput berkenaan menggunakan pencakar atau mesin peniup daun. Penduduk, Jordan Solimo, berkata dia tidak boleh membuka pintu belakang sebelum menyedari ia terhalang oleh ribuan rumput berkenaan. “Biasanya saya menunggu ia dibawa angin atau membersihkannya sendiri sebelum serangan baru berlaku,” katanya. - CARI Infonet Kredit : HMetro
|
kucen_miang replied at 22-2-2016 12:08 PM
dah kering hazab
kucen_miang replied at 22-2-2016 12:08 PM
dah kering hazab
taji2906 replied at 22-2-2016 04:36 AM
bahaya kalau ada terbakar je.. kejap abis semua disambar... lagi2 musim kering ni
Artemesiaa replied at 22-2-2016 12:51 PM
Wow banyaknya jenuh nak bersihkan
taji2906 replied at 22-2-2016 12:36 PM
bahaya kalau ada terbakar je.. kejap abis semua disambar... lagi2 musim kering ni
kucen_miang replied at 22-2-2016 02:37 PM
parking kat market, keluar2 dah tertimbus. jenuh nak kirai2 carik kereta.
kucen_miang replied at 22-2-2016 12:08 PM
dah kering hazab
ADVERTISEMENT