CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan pertimbang jualan 'Tiket MADANI' untuk Formula 1 di Sepang

27-7-2026 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 166| Komen: 1

 


PORT DICKSON: Kerajaan mempertimbang jualan 'Tiket MADANI' bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang pada Oktober ini, dengan tiket akan dijual pada harga lebih berpatutan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sedar harga tiket bagi acara sukan antarabangsa berprestij itu mahal, sedangkan ramai rakyat tempatan berminat menontonnya.

"Ramai sudah membeli tiket… (ada yang kata) tiket mahallah tapi nak buat macam mana, (acara) antarabangsa.

"Nak suruh orang datang, orang tanya saya "PM, ada tak Tiket MADANI? Kami kena beli tiket, yang paling murah RM200. Bagilah tiket MADANI.

 "Insya-Allah… tapi jangan (minta tempat) duduk depan sangat. Nak bayar Tiket MADANI, jangan duduk depan sangatlah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

 Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Malaysia sah menjadi tuan rumah bagi perlumbaan F1 GP Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang pada Oktober ini.

GP Bahrain sepatutnya berlangsung April lalu, namun ditangguhkan pada Mac bersama GP Arab Saudi susulan perang di Iran.

Bahrain berharap dapat menjadualkan semula perlumbaan itu pada 4 Oktober, namun peningkatan konflik bulan ini menyebabkan rancangan itu tidak dapat diteruskan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan, sebanyak 90 peratus daripada 394 JPPK di Negeri Sembilan menerima manfaat daripada Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), dengan peruntukan sebanyak RM34.12 juta.

Justeru beliau meminta supaya PH terus diberi mandat untuk mentadbir negeri itu bagi membolehkan kerajaan yang diterajui Aminuddin sebelum ini meneruskan kerja untuk membantu rakyat, termasuk melalui peranan yang dimainkan JPKK.

"Sebab itu, saya kata kebijaksanaan pemimpin terdahulu pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein), bila tekankan peranan JPKK pada masa itu kerana beliau tahu, bagaimana pun keputusan negara atau Perdana Menteri, di bawah itu didapati daripada JPKK.

"Jika ketua kampung tahu, cara kita tumpu (isu rakyat) sekarang jauh lebih serius dan bersungguh daripada dulu. Jadi, saya minta bagi amanah kepada pengerusi jawatankuasa semua untuk kerja bagi kemenangan yang baik," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 28-7-2026 09:09 AM
semua nak madani

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.031738 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top