CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasat

27-7-2026 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 341| Komen: 8

 



SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui terdapat kekhilafan ketika mengulangi petikan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dikaitkan dengan ungkapan perkataan 'balik'.

Namun Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pas itu Jumaat lalu berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman.

"Saya mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan itu dengan menggunakan perkataan 'balik'.

"Namun saya tidak pernah mendakwa perkataan tersebut merupakan petikan tepat daripada ucapan Muhammad Sanusi.

"Sebaliknya, apa yang saya bangkitkan ialah maksud tersirat daripada keseluruhan ucapan berkenaan yang boleh difahami oleh pendengar," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, fokus utama laporan polis berkenaan ialah kenyataan Muhammad Sanusi yang menyebut orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.

Katanya, kenyataan sedemikian wajar disiasat pihak berkuasa kerana berpotensi mencetuskan persepsi bahawa kaum lain merupakan ancaman kepada hak dan masa depan orang Melayu.

"Dalam kenyataan Muhammad Sanusi, beliau ada menyebut frasa 'Takut tanah ni satu hari nanti kita tak tahu, tanah ni siapa punya'.

"Maksud tersiratnya jelas dan boleh dipersoal.

'Pemimpin Pas itu mungkin tidak menyebut perkataan 'balik', tetapi bila dia kata orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.

"Naratif itu menggambarkan kaum lain sebagai ancaman kepada hak atau masa depan orang Melayu boleh menjejaskan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara," katanya.

Dr Sathia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional mengikut lunas undang-undang, termasuk menentukan sama ada ucapannya sendiri melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

"Saya menghormati proses siasatan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Sathia berkata, istilah 'barua Melayu' dan perbandingan dengan watak 'Buang' dalam filem Sarjan Hassan yang sinonim dengan pengkhianatan turut dilihat melampaui batas kritikan politik

Ini kerana beliau berpandangan kenyataan itu membawa konotasi bahawa pihak yang berbeza pandangan merupakan pengkhianat kepada bangsa.

Jelasnya, kenyataan Muhammad Sanusi itu bukan sahaja berpotensi membangkitkan kebencian dan memperkukuh prejudis, malah boleh mengeraskan sentimen perkauman serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Sebelum ini, Dr Sathia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung ucapannya ketika ceramah di Jempol yang mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan masyarakat Cina dan India perlu 'balik' ke negara asal mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Dr Sathia telah memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kedah itu.

Susulan kontroversi tersebut, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia pada Ahad.


Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 27-7-2026 03:19 PM
Saman je India gemuk xsedar diuntung tuuu..Biar dia terduduk blk India negara pengotor tu
Quote L.U.S.M 27-7-2026 03:20 PM
Saman je India gemuk xsedar diuntung tuuu..Biar dia terduduk blk India negara pengotor tu
Quote FOTHER-MUCKER 27-7-2026 05:17 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-7-2026 01:21 AM

Betullah apa yang Sanusi tu cakap, bangsa cina ada negara Cina, bangsa India ada negara India, bangsa Melayu ada negara Melayu, bangsa english ada negara England, bangsa Irish ada negara Ireland, bangsa itali ada negara itali. Kebanyakan bangsa ada negara meeeka sendiri kecuali beberapa bangsa yang tiada negara mereka seperti Rohingya!
Bangsa Indonesia juga tidak mempunyai negara mereka sendiri.. mereka hanya menumpang Di tanah kepulauan India sama seperti Rohingya.
Quote miss_white 27-7-2026 05:22 PM
FOTHER-MUCKER replied at 27-7-2026 10:17 AM
Betullah apa yang Sanusi tu cakap, bangsa cina ada negara Cina, bangsa India ada negara India, bangs ...

Rohingya Dan isreal.Dua bangsa hanyut ni tiada negara .
Quote Blu3butter 28-7-2026 12:25 AM
Dah kantoi salah tp still cuba pusing lg boleh demi menegakkan kebodohan diri
Quote manopBKK 28-7-2026 03:33 AM


Quote sikatkutu 28-7-2026 09:13 AM
khilaf?? menggelupur macam biawak kepanasan bila dengar ayat sanusi padahal orang tu tak cakap pun balik india balik china..yg cakap macam tu dah jd tpm pun haha
Quote Decaffeinated 29-7-2026 08:03 AM
'Pemimpin Pas itu mungkin tidak menyebut perkataan 'balik', tetapi bila dia kata orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.

"Naratif itu menggambarkan kaum lain sebagai ancaman kepada hak atau masa depan orang Melayu boleh menjejaskan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara," katanya.

Dia tak perlu sebut, bagi hint cukup. Ramai tukang sambung ayat.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.294748 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top