CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mercedes teruja Formula 1 kembali berlumba di Sepang

27-7-2026 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 306| Komen: 6

 



Kuala Lumpur: Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada musim 2026 disambut penuh teruja oleh pasukan Mercedes yang menganggap litar ikonik itu mempunyai tempat istimewa dalam sejarah mereka.

Selepas sembilan tahun tidak tersenarai dalam kalendar Formula 1, Sepang akan kembali menganjurkan perlumbaan sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia, yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober depan, tertakluk kepada kelulusan akhir termasuk daripada Majlis Sukan Permotoran Dunia (World Motor Sport Council).

Perlumbaan itu akan menjadi pusingan ke-16 Kejuaraan Dunia Formula 1, di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura.

Bagi Mercedes, Sepang bukan sekadar satu lagi litar dalam kalendar Formula 1, malah venue yang mencipta beberapa detik penting dalam sejarah pasukan itu.

Daripada lapan perlumbaan yang disertai Mercedes di Malaysia, pasukan itu meraih satu kemenangan menerusi Lewis Hamilton pada edisi 2014 apabila pelumba Britain itu menukar kedudukan petak utama kepada kemenangan.

Sepang turut menjadi lokasi podium pertama Mercedes selepas kembali bersaing dalam Formula 1 pada musim 2010 apabila Nico Rosberg menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali berkata, kepulangan Sepang ke dalam kalendar Formula 1 adalah berita yang amat menggembirakan buat sukan itu serta peminat di seluruh dunia.

"Kami amat gembira mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain pada 2026. Sekali lagi, Formula 1 membuktikan keupayaannya untuk menyesuaikan diri, mencari penyelesaian dan memastikan kalendar perlumbaan diteruskan.

"Ini adalah berita yang sangat baik untuk peminat. Mereka masih dapat menikmati kalendar Formula 1 yang lengkap di samping menyaksikan perlumbaan kembali ke sebuah litar yang mempunyai sejarah tersendiri.

"Malaysia adalah sebuah negara yang luar biasa dan Sepang mempunyai tempat istimewa dalam sejarah Formula 1. Ia pasti menawarkan perlumbaan yang hebat serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat di litar mahupun di seluruh dunia," katanya.

Litar sepanjang 5.5 kilometer itu mula menganjurkan Grand Prix Malaysia pada 1999 sebelum menjadi venue tetap Formula 1 selama 19 musim berturut-turut sehingga perlumbaan terakhir pada 2017.

Sepang terkenal sebagai antara litar paling mencabar dalam kalendar Formula 1 dengan gabungan selekoh berkelajuan tinggi, selekoh tajam dan keadaan cuaca tropika yang sering berubah secara mendadak, sekali gus menjadikan perlumbaan di Malaysia sentiasa sukar diramal.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnabpurplee 28-7-2026 02:35 AM
home of mercedes petronas gituu
Quote kotakbaju 28-7-2026 08:32 AM
Wauu untung le sapa dapat pi tengok
Quote supernaturalee 28-7-2026 09:05 AM
kotakbaju replied at 28-7-2026 08:32 AM
Wauu untung le sapa dapat pi tengok

kata maybe ada jualan tiket harga rahmah2 gitu



Quote kotakbaju 28-7-2026 01:24 PM
supernaturalee replied at 28-7-2026 09:05 AM
kata maybe ada jualan tiket harga rahmah2 gitu

I see.

Uols nak beli ke nanti?
Quote s@s@ 28-7-2026 02:37 PM
it's coming home
Quote Dwdrum 30-7-2026 07:28 AM
Whatsoever...... Asal kan ada toto wolff...

Prolly attention kepada Kim K and lewus Hamilton...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072198 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top